NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes paru-paru bocor meningkat, 95 peratus pesakit pengguna vape tegar – Pakar Anestesiologi

Kes paru-paru bocor meningkat, 95 peratus pesakit pengguna vape tegar – Pakar Anestesiologi

“Saya bayangkan nanti, jika penjualan cecair nikotin tidak dibendung, bakal pesakit paru-paru bocor kami mungkin semakin muda umurnya. Semuda budak sekolah rendah atau tadika barangkali.”

Pakar Anestesiologi, Dr Hana Hadzrami mengulas cadangan yang meminta produk cecair atau gel nikotin dikeluarkan daripada Akta Racun 1952 dan dimasukan dalam Akta Makanan.

Dr Hana menceritakan dalam tempoh dua minggu pada bulan ini sahaja, beliau memberikan bius untuk pembedahan kes paru-paru bocor kepada lima orang pemuda di mana ia belum melibatkan jumlah kes dikendalikan rakan-rakan perubatan lain.

“Bilangan kes paru-paru bocor kini dah mengalahkan kes kanser paru-paru pula. Berlumba-lumba nampaknya.”

“Kesemua pesakit itu muda remaja sekitar 20-an. Dan 95 peratus adalah pengguna vape tegar. Kalau dulu kesan rokok selepas 10 hingga 15 tahun baru nampak ketara. Tapi kesan vape lebih laju; hanya 1 hingga 2 tahun pun dah nampak penangannya.”

Kesan vape sangat ketara bagi paru-paru yang baharu; lebih muda seseorang, lebih laju kesan kerosakan.....

“Mereka kebanyakannya datang dengan sesak nafas dan sakit dada secara tiba-tiba. Kalau sempat datang ke hospital, maka kami boleh beri bantuan segera dengan menebuk dada untuk meredakan tekanan; sementara nak dibedah.

“Ada juga yang tak sempat ke hospital. Tahu-tahu jumpa dah jadi arwah dalam bilik. Nauzubillah,” katanya di Facebook pada Rabu.

Tambahnya, hari ini pod dan vape pula dijual dalam bentuk comel, berlambang kartun, bersaiz kecil hingga adakala tidak perasan kewujudannya apabila di bawa.....



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo