NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Akta Racun 1952: Tindakan gopoh keluarkan nikotin

Kerajaan perlu kaji semula keputusan mengeluarkan nikotin daripada Akta Racun 1952 kerana ia adalah satu-satunya kawalan untuk mengawal produk vape di pasaran. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) menyifatkan tindakan kerajaan mengeluarkan nikotin daripada Akta Racun 1952 adalah dilakukan secara gopoh.

Justeru, beliau menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan tersebut kerana Akta Racun 1952 adalah satu-satunya kawalan untuk mengawal produk vape di pasaran.

"Saban tahun industri vape berleluasa dalam negara tanpa mekanisme kawalan yang spesifik, satu-satunya kawalan adalah Akta Racun, itu pun hanya terhad kepada cecair vape yang mengandungi nikotin.

"Sekarang yang satu ini pun dibuang, apakah mekanisme yang tinggal," soalnya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau membangkitkan hal itu ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) 2023 bacaan kali kedua.

Ahmad Fadhli berkata, kerajaan terdahulu telah meletakkan mekanisme kawalan bagi kelulusan pengeluaran vape dengan memperkenalkan RUU kawalan produk tembakau dan merokok serta pelaksanaan Dasar Generasi Penamat (GEG) bagi menghapuskan generasi perokok.

"Maknanya, terdapat mekanisme kawalan yang diletakkan oleh kerajaan terdahulu dan bukannya secara gopoh dan semborono.

"Harap keputusan ini dapat dikaji balik dan saya yakin Menteri Kesihatan pun bersetuju dengan saya bahawa keputusan itu perlu dikaji semula kerana ia dilihat tergopoh-gopoh tanpa memperkenalkan kawalan terhadap produk vape ini," katanya.

Tambah beliau, kerajaan seolah-olah tidak melihat kebajikan dan kesihatan termasuk doktor apabila bertindak demikian.

"Hari ini doktor mogok tiga hari dan saya harap kerajaan dapat melihat apakah tuntutan doktor yang mogok ini supaya apa yang mereka suarakan akan dapat dipertimbangkan pihak kerajaan.

"Ini kerana jumlah doktor di perkhidmatan awam berkurang daripada nisbah sebenar," ujarnya.


Sumber | Sinar Harian 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo