NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tuntut pengeluaran KWSP : Pemandu Teksi berjalan dari Johor ke Istana Negara

Demi menuntut pengeluaran Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP), seorang lelaki sanggup berjalan kaki dari Tol Skudai di Johor Bahru ke Istana Negara di Kuala Lumpur bagi mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran simpanan.

Lelaki tersebut, Noorazlan Ismail berkongsi dalam hantaran Facebook memulakan misi berjalan kakinya sejak semalam demi mendapatkan kelulusan pengeluaran KWSP daripada kerajaan tanpa perlu mencagarkan kepada pihak bank seperti yang dirancang pihak kerajaan.

“Assalamualaikum sahabat. Saya akan mula berjalan insyaAllah dari Tol Skudai. Jika diizinkan sampai ke Istana Negara insyaAllah untuk memperjuangkan (pengeluaran) KWSP.

“Kami memerlukan sangat-sangat (pengeluaran KWSP) demi kelangsungan hidup. Terima Kasih,” katanya dalam hantaran Facebook.

Dalam pada itu, kemaskini status Noorazlan kira-kira pukul 10 pagi memaklumkan sudah menghampiri susur Sedenak, kira-kira 27 km dari Tol Skudai.

Katanya, dia dalam keadaan baik namun tapak kakinya melecet. Dia juga tidak menolak keadaan itu atas faktor dia kurang bersenam.

“InsyaAllah (akan teruskan) demi anak-anak dan keluarga serta pencarum memerlukan seperti saya,” katanya.

Sementara itu, misi Noorazlan diketahui menerusi perkongsian semula status wakil Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIR), Putri Fira Afandy di akaun TikTok miliknya.

Katanya, dia meminta orang ramai mendoakan kejayaan misi lelaki itu berjalan kaki ke Istana Negara.

“Beliau nak buktikan beliau memerlukan sangat-sangat pengeluaran KWSP 2.0 demi keluarga dan mewakili suara semua pencarum, doakan beliau.

“PGIRM telah dapat menghubungi beliau untuk diberikan bantuan tetapi beliau tekad untuk menghabiskan misi berjalan kaki dari Johor Bahru ke Istana Negara,” tambahnya.

- MediaFastaqim

( Hide )
  1. Tak layannya pmx tu. Buat penat brjalan je.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo