NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu larang ahli politik beri kuliah agama, jadi khatib masjid dan surau

KUALA TERENGGANU – Semua ahli politik dilarang menyampaikan ceramah, kuliah atau pengajaran agama di masjid dan surau di seluruh Terengganu berkuatkuasa serta-merta.

Ia merangkumi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen, Ahli Dewan Negara serta pemimpin berjawatan dan aktivis parti politik.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, golongan terbabit juga tidak dibenarkan berperanan sebagai khatib dan imam solat Jumaat di masjid seluruh negeri ini.

Beliau berkata, ketetapan itu diambil sebagai menzahirkan rasa dukacita Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin terhadap tindakan segelintir ahli politik tersebut yang terus berbuat demikian tanpa kebenaran Maidam.

“Masjid adalah sebuah institusi keagamaan yang sangat penting dan mulia bagi umat Islam dan ia menjadi lambang kepada penyatuan dan perpaduan ummah.

“Justeru, masjid dan surau tidak boleh disalahgunakan bagi tujuan yang boleh menimbulkan keresahan, kegelisahan serta perselisihan dalam kalangan masyarakat,” katanya di sini hari ini.

Shaikh Harun berkata, masjid dan surau juga tidak sepatutnya digunakan bagi penganjuran program yang bercampur aduk dengan pengisian politik kepartian.

Tambah beliau, program keagamaan anjuran agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini juga perlu memastikan hanya penceramah memiliki tauliah dan kelulusan daripada Maidam dijemput walaupun diadakan di premis-premis lain selain masjid dan surau. – KOSMO! ONLINE


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo