NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rayer gesa siasat Hadi berkait kenyataan politik kejatuhan kerajaan

Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer berkata Abdul Hadi Awang patut disiasat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan.



KUALA LUMPUR: RSN Rayer (PH-Jelutong) menggesa menteri dalam negeri menyiasat Abdul Hadi Awang (PN-Marang) kerana mengakui merancang untuk menumbangkan kerajaan.

Katanya, Hadi patut disiasat mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana “melakukan Aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen” yang boleh dihukum penjara 20 tahun.

“Kerajaan perpaduan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,” katanya di Dewan Rakyat, dan menggambarkan kenyataan Hadi sebagai “derhaka”.

Semalam FMT melaporkan, Hadi berkata pembangkang mempunyai hak untuk merancang menumbangkan kerajaan ketika ini dan tiada siapa boleh menghalang.

Hadi memberitahu wartawan di Parlimen, usaha untuk merampas Putrajaya “bukan sahaja menerusi pilihan raya tetapi di Parlimen”, tambahnya, ia adalah amalan biasa di negara demokrasi.

Menolak tanggapan bahawa cubaan menumbangkan kerajaan melanggar titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mahukan kestabilan politik, Hadi berkata Agong tidak boleh menghalang perubahan dalam negara demokrasi.

Gesaan Rayer supaya Hadi disiasat turut menyebabkan kekecohan di Dewan Rakyat dengan beberapa Ahli Parlimen termasuk Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) bangun mempertahankan presiden PAS itu.

Misbahul berkata, Hadi hanya membuat kenyataan politik.

Rayer pula membalas kenyataan Hadi itu boleh dianggap sebagai pengakuan adanya rancangan seperti itu. “Bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya kenyataan itu keluar dari Ahli Parlimen DAP,” katanya.

Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) kemudian mencabar Rayer membuat laporan polis terhadap Hadi jika beliau mempunyai bukti adanya rancangan untuk menumbangkan kerajaan.

Perbalahan Ahli Parlimen kedua-dua pihak itu berterusan menyebabkan Timbalan Speaker Alice Lau menutup mikrofon dan meminta mereka bertenang.

Che Zulkifly Jusoh (PN-Besut) kemudian membangkitkan Peraturan Mesyuarat 23(i) mengenai larangan kepada ahli Dewan membangkitkan pertanyaan kebenaran kenyataan dikeluarkan dalam laporan akhbar.

Beberapa Ahli Parlimen terus berbalah tetapi berhenti selepas Lau dengan tegas memberi amaran mereka yang enggan mematuhi arahan akan dihalau keluar.


Sumber | FMT Malaysia







........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Jelutong masih jadi jelutong walaupun dh ada jelutong melayu baru.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo