NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Melepasi 100 hari pertama, kerajaan Anwar diberikan KJ gred “B-“



PETALING JAYA: Hanya sebilangan menteri dalam kerajaan perpaduan berprestasi baik, kata Khairy Jamaluddin sambil menyifatkan Jemaah Menteri pimpinan Anwar Ibrahim tidak konsisten.

“Ada yang melakukan kerja baik, tetapi ada yang tidak menyerlah,” katanya dalam podcast “Keluar Sekejap” dengan Shahril Hamdan.

Tetapi, Khairy tidak menamakan menteri terbabit.

Kerajaan Anwar melepasi 100 hari pertamanya Sabtu lalu.

Khairy memberi markah “B-” buat kerajaan perpaduan Anwar yang dianggapnya baik, mempertimbangkan Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menterinya.

Bekas menteri kesihatan dan presiden Umno itu bertelagah, sebelum Khairy dipecat Umno Januari lalu.

Bekas Ahli Parlimen Rembau itu terus mengkritik Zahid dengan melabelkannya burung laut albatros atau bebanan di leher Anwar – merujuk dakwaan mahkamah Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Zahid berdepan 47 tuduhan pengubahan wang dan pecah amanah membabitkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi dan menerima rasuah daripada pelbagai projek ketika menjadi menteri dalam negeri.

Anwar mempertahankan pelantikan Zahid dengan berkata beliau tidak dapat mengetepikan kepentingan pengerusi BN itu dalam kerajaan perpaduan pimpinannya.

Sementara itu, Shahril memberi “A-” kepada kerajaan Anwar kerana tidak melakukan kesilapan besar.

Bekas ketua penerangan Umno itu yang digantung parti selama enam bulan berkata, lebih banyak boleh dilakukan, tetapi dengan terbentuknya kerajaan perpaduan buat julung kali, keadaan mungkin menjadi sebaliknya.


Sumber | FMT Malaysia






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo