NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 42,851 orang

Petugas Agensi Pertahanan Awam (APM) membantu mengemaskan beberapa peralatan sempena penutupan salah sebuah PPS pada Rabu.


JOHOR BAHRU - Di sebalik penutupan 17 pusat pemindahan sementara (PPS), mangsa banjir Johor terus menunjukkan peningkatan apabila mencatatkan seramai 42,851 mangsa daripada 12,083 keluarga setakat jam 8 malam Rabu.

Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani, peningkatan berkenaan turut menyaksikan dua PPS baharu dibuka menjadikan sebanyak 186 PPS beroperasi di tujuh daerah setakat ini.

“Jumlah mangsa banjir didapati terus meningkat biarpun tiga daerah iaitu Kulai, Pontian dan Johor Bahru telah pulih sepenuhnya daripada banjir.

“Ketika ini, sebanyak tujuh daerah masih dilanda banjir iaitu Batu Pahat yang merekodkan seramai 32,312 mangsa ditempatkan di 100 PPS, diikuti Muar (4,151 mangsa di 21 PPS), Tangkak (2,499 mangsa di 21 PPS), Segamat (1,512 mangsa di 27 PPS), Mersing (1,164 mangsa di enam PPS), Kota Tinggi (707 mangsa di enam PPS) dan Kluang (506 mangsa di lima PPS),” katanya.

Banjir kali turut merekodkan enam kematian melibatkan satu kes ditenggelami arus banjir di Kluang, tiga kes mati lemas di Segamat, satu kes mati lemas di Mersing dan satu kes lagi akibat sakit tua.

Sementara itu, Azmi berkata, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), melaporkan tiada amaran ribut petir melanda Johor sehingga jam 9 malam berdasarkan laporan semasa Monsun Timur Laut (MTL), setakat jam 8 malam Rabu.

Malah katanya, laporan berkenaan turut menyatakan tiada amaran hujan lebat berterusan di negeri berkenaan.

“Selain itu, pemantauan cuaca juga mendapati sehingga jam 8 malam Rabu, daerah Mersing, Kota Tinggi dan Kulai masih dilanda hujan, manakala daerah-daerah lain dilaporkan cerah.

“Beberapa jalan utama juga masih ditutup untuk semua kenderaan kecuali Jalan Johor Bahru – Seremban di laluan FT001 Seksyen 115.0 di Sungai Temehel yang dibuka untuk semua kenderaan kecuali motosikal.

“Selain itu, 10 sungai di tiga daerah melibatkan Segamat, Muar dan Batu Pahat berada pada aras bahaya dengan daerah di mana bagi daerah Segamat, Sunga Muar di Buloh Kasap mencatatkan 9.44 meter (m) manakala di Muar, Sungai Muar di Bukit Kepong (5.14m), Sungai Muar di Kampung Olak Sepam (2.77m) dan Sungai Muar di Panchor (3.02m).

“Di Batu Pahat, Sungai Batu Pahat di Empangan Bekok (20.03m), Sungai Bekok di bandar Yong Peng (3.14m), Sungai Sembrong di Parit Karjo (2.43m), Empangan Sembrong (12.12m), Sungai Simpang Kanan di Parit Besar (2.06m) dan Sungai Simpang Kiri di Parit Sulong (1.95m),” katanya.


Sumber | Sinar Harian






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo