Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika sesi penggulungan belanjawan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika sesi penggulungan belanjawan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan keputusan pengecualian kepada UMNO untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden pada pemilihan parti itu tahun ini adalah terpakai.

Bagaimanapun, katanya, pihak yang mempunyai pandangan sebaliknya boleh membuat aduan kepada Jabatan  Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

"Semakan semula itu di atas pengadu. Pengadu (boleh) bawa ke mahkamah sama ada selepas ROS atau menteri membuat keputusan. Kalau dia beranggapan ada asas untuk bawa perkara berkenaan ke mahkamah, boleh buat.

"Yang tak boleh adalah ahli parti, membawa parti ke mahkamah," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen hari ini.

Saifuddin berkata, ada beberapa proses perlu dilalui bagi membawa perkara itu ke mahkamah.

"Kalau tak puas hati boleh bawa ke mahkamah. Prosesnya perlu angkat asas kenyataan dia, sediakan afidavit, kemudian siapa yang dinamakan sebagai defendan. Defendan itu akan mengemukakan afidavit balas dan seterusnya," katanya.