Tan Sri Muhyiddin Yassin. - NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM
Tan Sri Muhyiddin Yassin. - NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan beliau diminta hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), esok.

Melalui hantaran di Facebook beliau sebentar tadi, bekas Perdana Menteri yang juga Presiden BERSATU, menafikan beliau sudah ditahan suruhanjaya berkenaan seperti dakwaan sebuah portal berita hari ini.

"Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh. Saya ingin menjelaskan berita saya ditahan di padang golf hari ini yang disebarkan oleh sebuah portal berita adalah palsu.

"Hari ini saya hadir ke beberapa mesyuarat berkaitan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu yang akan bermula Jumaat ini.

"Bagaimanapun esok Khamis, saya diminta ke Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 11 pagi".