NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lawatan PMX ke Arab Saudi gagal?

[šŠš„šš˜š€š“š€š€š šŒš„šƒšˆš€ - š‹š€š–š€š“š€š š‘š€š’šŒšˆ šš„š‘šƒš€šš€ šŒš„šš“š„š‘šˆ šŠš„ š€š‘š€š š’š€š”šƒšˆ]

1. Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional menyambut baik lawatan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi yang dijadualkan pada 22 hingga 24 Mac 2023 seperti dalam kenyataan media Wisma Putra bertarikh 22 Mac 2023. 

2. Kenyataan media tersebut turut menyatakan bahawa lawatan kali ini merupakan lawatan rasmi dan di atas jemputan Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman bin Abdul-Aziz Al Saud yang juga merupakan Perdana Menteri Arab Saudi.

3. Kenyataan tersebut turut menyatakan bahawa Perdana Menteri dijadualkan untuk bertemu dengan Perdana Menteri Arab Saudi dalam lawatan kali ini.

4. Walaubagaimanapun setelah selesai lawatan rasmi 3 hari tersebut, tiada satu pun laporan yang mengesahkan pertemuan di antara YAB Perdana Menteri dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman mengambil tempat.

5. Tiada juga laporan yang menyatakan YAB Perdana Menteri dijemput memasuki Kaabah, sepertimana selayaknya layanan yang biasa diberikan kepada seorang Ketua Kerajaan yang berada di dalam lawatan rasmi ke Kota Suci itu sebagaimana yang diberikan kepada mantan Perdana Menteri Malaysia sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr. Mahathir Mohamad.  

6. Terdapat beberapa persoalan yang timbul di sebalik lawatan rasmi ini yang perlu diberi perhatian serius dalam kerangka hubungan dua hala Malaysia dan Arab Saudi, iaitu;

i. Apakah penjelasan Pejabat Perdana Menteri ("PMO") di atas ketiadaan pertemuan di antara YAB Perdana Menteri dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman walaupun kenyataan Wisma Putra telah mengesahkan pertemuan tersebut bakal diadakan?

ii. Adakah PMO telah memastikan segala aturan jemputan dan pertemuan sudah disahkan terlebih dahulu sebelum YAB Perdana Menteri berlepas ke Arab Saudi? 

iii. Umum mengetahui bahawa YAB Perdana Menteri hanya akan berlepas untuk mengadakan sesuatu lawatan rasmi sekiranya semua aturan jemputan dan pertemuan sudah disahkan oleh kedua-dua negara. Dalam perkara ini, adakah PMO sudah mengesahkan semua pertemuan termasuk pertemuan di antara YAB Perdana Menteri dan Putera Mahkota Mohammed bin Salman sebelum YAB Perdana Menteri berlepas ke Arab Saudi? Sekiranya ada, apakah yang telah berlaku sehingga mengakibatkan Perdana Menteri gagal berjumpa dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman?

7. Dengan ketiadaan pertemuan dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, YAB Perdana Menteri turut gagal mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat beliau, iaitu Menteri Kewangan Arab Saudi. Adakah matlamat lawatan rasmi ini telah dicapai susulan daripada ketiadaan pertemuan-pertemuan ini berdasarkan ukuran hubungan dua hala Malaysia - Arab Saudi?

8. Harus diingatkan bahawa hubungan Malaysia – Arab Saudi yang merupakan Penjaga kepada Dua Kota Suci Islam ini sangat penting. Arab Saudi juga adalah rakan dagang dan ekonomi Islam yang sangat penting kerana dibawah kepimpinan Putera Mahkota Mohamad Bin Salman, Arab Saudi telah membangun pesat dalam aspek teknologi dan inovasi. Pelaburan Arab Saudi melalui Saudi Aramco di Pengerang adalah salah satu contoh pelaburan berimpak tinggi yang membantu Malaysia dalam pembangunan industri minyak dan gas berteknologi tinggi.

9. Dalam ketegasan YAB Perdana Menteri agar kerajaan melaksanakan dasar penjimatan dalam pentadbirannya, saya meminta agar YAB Perdana Menteri membentangkan dalam Parlimen keseluruhan kos lawatan ini, termasuk segala persiapan yang telah dibuat melibatkan segala kos perjalanan dan perbelanjaan pasukan keselamatan, delegasi dari Pejabat Perdana Menteri serta dari Pejabat Menteri-Menteri yang telah mengiringi YAB Perdana Menteri dalam siri lawatan ke Arab Saudi pada kali ini.

10. Arab Saudi bukan sahaja merupakan rakan dagangan penting Malaysia, malah mempunyai hubungan yang amat akrab dengan negara kita. Di atas kepentingan ini, Perdana Menteri diminta untuk menjelaskan kegagalan lawatan ini di dalam Dewan Rakyat agar ahli-ahli Parlimen dapat merungkai dan menghuraikan dengan lebih lanjut supaya hubungan rapat dua hala kedua-dua negara akan terus dipertahankan.

š˜š š–š€š š€š‡šŒš€šƒ š…š€š˜š‡š’š€š‹ ššˆš š–š€š š€š‡šŒš€šƒ šŠš€šŒš€š‹
Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa
Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional
Kuala Lumpur
25 Mac 2023

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo