NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH-BN digesa tidak mansuh Skim Rumah Pertamaku

Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin

MASJID TANAH: Kerajaan digesa tidak memansuhkan Skim Rumah Pertamaku (SRP) yang diperlukan oleh golongan muda, kata Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin.

Menurut beliau golongan muda yang baru membina rumah tangga dengan pendapatan yang terhad terkesan untuk membeli rumah pertama.

“Saya mendapat berita program SRP yang bermula sejak tahun 2011 khabarnya akan dimansuhkan bermula pada 1 April depan. Ia akan memberi kesan golongan muda yang ingin memiliki rumah.

“Saya mengambil contoh sewaktu membeli rumah kali pertama, untuk menyediakan deposit amat sukar memandangkan ketika itu baru bekerja dan mendirikan rumah tangga,” ujar beliau.

Tambah Mas Ermieyati, walaupun pembeli perlu menyediakan 10 peratus nilai deposit, namun bagi golongan anak muda dan ibu muda mereka sangat terkesan.

“Saya harap kerajaan dapat mempertimbangkan semula keputusan tersebut supaya menarik semula pembatalan SRP,” ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Media pada 22 Mac melaporkan Cagamas Bhd memaklumkan skim rumah pertama akan dimansuhkan berkuatkuasa 1 April hadapan berdasarkan satu notis ringkas di laman sesawang perbadanan tersebut

Sedangkan SRP membolehkan peminjam yang berkelayakan mendapatkan pinjaman perumahan sehingga 120 peratus di mana Cagamas Bhd akan menjamin sehingga 20 peratus nilai pembiayaan menjadikan pembeli tidak perlu menyediakan deposit. – HARAKAHDAILY

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo