NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kelantan, Terengganu mahu royalti minyak, bukan wang ehsan, kata pemimpin PAS

Ahmad Fadhli Shaari (tengah) bergambar dengan mahasiswa selepas melancarkan Tabung Makanan Mahasiswa Nasional di ibu negara hari ini.


KUALA LUMPUR: Seorang wakil rakyat PAS menuntut Putrajaya membayar royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan dan Terengganu, bukannya merangka semula dasar serta skop penggunaan wang ehsan.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tiada dasar tetap dalam pemberian wang ehsan sebelum ini kerana ia berubah setiap kali kerajaan persekutuan bertukar tangan.

“Wang ehsan tidak pernah ada dasar, yang kita nak ialah royalti yang termaktub dalam perjanjian. Jadi, saya tak tahu apa yang dimaksudkan merangka semula polisi wang ehsan sebab ia tak pernah ada dasar, ia hanya berubah apabila kerajaan bertukar.

“Kita minta kerajaan kekal dengan pendirian memberi royalti sepertimana termaktub dalam perjanjian,” kata ketua Pemuda PAS itu.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan di Dewan Rakyat hari ini bahawa Kementerian Kewangan sedang merangka semula dasar dan skop penggunaan wang ehsan kepada kerajaan Kelantan dan Terengganu.

Isu royalti petroleum sekian lama diperjuangkan kerajaan Kelantan pimpinan PAS, termasuk mengambil tindakan saman terhadap kerajaan persekutuan.

Pada November 2021, Menteri Kewangan ketika itu, Tengku Zafrul Aziz dilaporkan berkata, Putrajaya tidak akan membayar royalti minyak kepada mana-mana negeri di Semenanjung, termasuk Kelantan, sebaliknya ia akan terus menerima wang ehsan untuk petroleum yang dihasilkan di luar pesisir pantainya.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan terkejut dengan kenyataan Zafrul kerana perjanjian ditandatangani kerajaan negeri dengan Petronas pada 1975 ialah pembayaran tunai 5% kepada negeri bagi menyerahkan hak hidrokarbon atau minyak dan gas kepada syarikat terbabit.

Terdahulu, Fadhli menghadiri Majlis Pelancaran Tabung Makanan Mahasiswa Nasional anjuran Siswa PAS dan Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia dalam usaha membantu mahasiswa di universiti seluruh negara.


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo