NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

LRT Kelana Jaya alami gangguan akibat masalah teknikal

Rapid Rail berkata, gangguan itu berpunca daripada kerosakan sistem perhubungan tren di Stesen Taman Bahagia menyebabkan tren bergerak lebih perlahan dan berhenti lebih lama.


PETALING JAYA: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya mengalami gangguan menyebabkan kelewatan tren.

Rapid Rail dalam catatan Twitter memaklumkan, kerosakan pada sistem perhubungan tren di Stesen Taman Bahagia menyebabkan tren bergerak lebih perlahan dan berhenti lebih lama di setiap stesen.

Justeru, bas perantara percuma disediakan untuk membawa penumpang dari Stesen Kelana Jaya, Taman Bahagia, Taman Paramount dan Asia Jaya.

Kekerapan bas setiap 10 hingga 15 minit, bergantung kepada keadaan trafik semasa.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo