NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jumlah mangsa banjir 3 negeri masih tinggi

Setakat 4 pagi tadi, jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 44,860 orang di kesemua 10 daerah, dengan Batu Pahat paling terjejas. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Jumlah mangsa banjir di Johor, Pahang, dan Melaka masih tinggi dengan 50,499 orang biarpun berlaku sedikit penurunan berbanding 55,000 mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat jam 8 pagi tadi, sebanyak 311 pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka untuk menempatkan mangsa terjejas.

Johor masih mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai dengan 46,916 orang membabitkan 13,511 keluarga ditempatkan di 284 PPS, menurut Berita Harian.

Di Pahang, seramai 3,029 mangsa membabitkan 860 keluarga ditempatkan di 21 PPS.

Mangsa yang terjejas di negeri itu membabitkan 1,002 lelaki dewasa, 989 perempuan dewasa, 514 kanak-kanak lelaki dan 433 kanak-kanak perempuan.

Di Melaka, enam PPS dibuka dan menempatkan seramai 554 mangsa daripada 150 keluarga.

Sementara itu, banjir di Selangor dan Negeri Sembilan dilaporkan pulih sepenuhnya malam tadi.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo