NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis keluar waran tangkap terhadap Imran Khan

LAHORE, 13 Syaaban 1444H, Isnin – Polis Pakistan menyerahkan waran tangkap kepada bekas Perdana Menteri, Imran Khan bagi memastikan kehadirannya ke mahkamah esok atas tuduhan penyalahgunaan kuasa.

Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan pada Oktober lalu mendapati pemimpin berusia 70 tahun itu bersalah susulan tindakannya menjual hadiah daripada kenamaan asing secara tidak sah.

Agensi Siasatan Persekutuan kemudian memfailkan pertuduhan terhadapnya di Mahkamah Antirasuah selepas gagal hadir ke mahkamah berulang kali.

Imran sebelum ini menuntut pilihan raya dipercepatkan selepas penyingkirannya di Parlimen awal tahun lalu.

Namun, tuntutan berkenaan ditolak oleh penggantinya, Shehbaz Sharif yang berkata pilihan raya diadakan seperti dijadual pada akhir tahun ini.

Imran kemudian mengetuai kempen protes di seluruh negara mendesak pilihan raya dipercepat, namun ada cubaan bunuh dalam perhimpunan menyebabkan beliau mengalami kecederaan.

Merujuk kepada ketidakhadiran ke mahkamah, Imran mandakwa polis mengancam keselamatan nyawanya, selain mendakwa mahkamah tidak menyediakan kawalan keselamatan yang mencukupi.

Pembantunya, Fawad Chaudhry berkata, Imran tidak boleh ditangkap kerana telah mendapat jaminan perlindungan di mahkamah tinggi.

Malah Fawad mendakwa kerajaan sengaja menimbulkan kekacauan politik dengan menangkap bekas Perdana Menteri itu yang masih diterima rakyat, terutama dalam kalangan belia dan masyarakat bandar.

Sementara itu, polis Islamabad dalam kenyataan memaklumkan, Imran tidak ditemui di kediamannya di Lahore dan waran tangkap gagal diserahkan untuk hadir ke mahkamah.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Rana Sanullah pula berkata, sekiranya beliau gagal hadir ke mahkamah polis boleh menahan dan membawanya ke mahkamah .- Agensi

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo