NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isyarat ‘degupan’ misteri dikesan dari Matahari

WASHINGTON – Saintis-saintis kebingungan setelah menemui dua isyarat misteri seperti bunyi ‘degupan’ yang dikesan berasal dari Matahari, lapor akhbar Daily Star semalam.

Isyarat itu berulang-ulang dalam beberapa saat. Penyelidik berpendapat ia boleh membantu manusia untuk memahami dengan lebih baik mengenai letupan paling kuat sistem suria.

Isyarat yang direkodkan di atmosfera Matahari itu dilaporkan berulang setiap 10 dan 20 saat. Saintis percaya ia datang dari suar suria kelas C yang meletus lebih 5,000 kilometer (km) di atas permukaan Matahari.

Suar suria merupakan letupan tenaga yang paling kuat. Letupan besar suar suria didakwa cukup untuk mengecilkan saiz Bumi.

Ahli astronomi, Sijie Yu menyifatkan penemuan itu sebagai ‘tidak dijangka’.

“Corak degupan ini penting untuk memahami bagaimana tenaga dibebaskan dan dihamburkan dalam atmosfera Matahari semasa letupan yang sangat kuat.

“Bagaimanapun, asal usul isyarat berulang yang juga dipanggil denyutan kuasi-berkala ini telah lama menjadi misteri dan menjadi sumber perdebatan dalam kalangan ahli fizik,” jelasnya.

Dengan menggunakan Expanded Owens Valley Solar Array (EOVSA) iaitu kemudahan Amerika Syarikat (AS) yang menjejaki frekuensi radio gelombang mikro, saintis dapat mengesan lokasi sebenar isyarat pertama.

Kajian mengenai dua isyarat itu masih diteruskan. – Agensi


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo