NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jakim sah filem Mentega Terbang bertentangan akidah

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diarahkan bertindak segera dengan meneliti keseluruhan kandungan filem Mentega Terbang yang sedang hangat diperkatakan umat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, hasil penelitian Jakim mendapati bahawa filem ini terdapat pertentangan yang jelas dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

“Saya menerima pelbagai pandangan dan reaksi daripada masyarakat awam yang menyatakan kegusaran berhubung penayangan filem ini. Saya amat memahami akan sensitiviti masyarakat Malaysia khususnya yang beragama Islam berhubung isu filem tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mentega Terbang mula ditayangkan melalui platform penstriman berbayar Viu pada 19 Januari lalu dengan skrip ditulis bersama Khairi Anwar, Arjun Thanaraju dan Ting Teng Hui mengisahkan remaja Muslim bernama Aishah tertarik kepada agama yang mempercayai konsep kelahiran semula selepas kematian menjadi makhluk lain sebagai balasan.

Malah ada babak yang menunjukkan ayah Aishah berfahaman liberal tidak menyekat anaknya itu murtad selepas mengkaji pelbagai kitab agama lain konon mencari jawapan.

Cereka berdurasi satu jam 44 minit itu tidak tertakluk Lembaga Penapisan Filem (LPF) kerana hanya ditayangkan melalui wadah atas talian dan bukan pawagam atau televisyen.

Mengulas lanjut, Mohd. Na’im berkata, Jakim turut diarah mengemukakan ulasan terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) agar tindakan boleh dikenakan.

“Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga diminta untuk memanggil pihak yang terbabit dalam isu penerbitan filem itu untuk pengurusan selanjutnya,” jelasnya lagi.

Pihaknya tegas beliau, sama sekali tidak akan berkompromi dengan apa jua kandungan penerbitan yang boleh mencemarkan kesucian Islam dan jelik mengundang kontroversi kerana dibimbangi mengancam keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, budaya dan cara hidup berbeza.

Rakyat juga kata beliau, dinasihatkan lebih berhati-hati dalam memilih program untuk tontonan seisi keluarga agar tidak terdedah kepada unsur menjejaskan akidah Islamiah.

Pada masa sama, beliau mengingatkan semua penggiat seni kreatif tempatan tidak sengaja menyalahgunakan kebebasan berkarya secara keterlaluan mengikut acuan luar.

“Saya juga ingin menasihatkan kepada semua penggiat seni supaya berwaspada dalam menerbit dan menyiarkan bahan kandungan kepada masyarakat,” jelas Mohd. Na’im. – UTUSAN


( Hide )
  1. Synopsis:
    Aishah (16 tahun) pengkaji Al Quran, Bible, Turah, Hindu dan Buddha untuk mencari jawapan ‘What happen when we die’

    Penerbit:
    Tan Meng Kheng & Pengarah Khairi Anwar.

    Penulis skrip:
    Khairi Anwar, Arjun Thanaraju, Vishnu Varman & Ting Teng Hui.

    Filem ini berkriteria dan berciri-ciri blasphemy (mempersendakan) terhadap Islam secara halus.

    Aishah selepas mengkaji semua agama sangat tertarik dengan (kepercayaan) agama yang percaya pada ‘re-incarnation’ (kehidupan semula selepas kematian) iaitu kehidupan selepas kematian dalam dunia yang sama bukan sahaja dalam bentuk manusia tapi juga boleh jadi dalam bentuk serangga seperti semut atau rama-rama.

    Ada dialoq Aishah kata pada kawan baik berbangsa India ”Saya boleh makan babi. Saya tak kisah.”

    Ada satu babak dalam dialoqnya si ayah menyebut dia tidak akan halang jika Aishah memilih agama lain jika itu pilihan anaknya.

    Filem ini sebenarnya meletakkan agama yang ada ‘re-incarnation’ (Kehidupan semula selepas kematian) adalah agama yang paling benar.

    Secara subtext (tersirat), kepercayaan ‘re-incarnation’ ini diterima oleh Aisyah ketika dia menziarahi pusara ibu bersama ayahnya. Ketika sedang berdoa Aishah nampak ada rama-rama putih hinggap di batu nisan pusara ibunya. Camera closed up pada wajah senyum Aishah melihat rama-rama. Ini subtext (tersirat) bagi menggambarkan (kepercayaan) Aishah akhirnya pada ending cerita yang dia akhirnya meyakini pada agama ‘re-incarnation’.

    Filem ini secara halus telah meremehkan, merendah-rendahkan, menodai dan mempersendakan Islam.

    Banyak lagi kriteria dan ciri-ciri blasphemy (mempersendakan) ke atas Islam terdapat dalam filem ini.

    Lesen berkarya dan kreativiti dalam menghasilkan filem tidak boleh melangkaui kebenaran Islam dan hakikat iman.

    Filem ini tidak tertakluk pada penapisan LPF kerana ianya ditayangkan di platform internet bukan di panggung wayang.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo