NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Catatan perjalanan perbicaraan petisyen PRU15 P037 Parlimen Marang 07 Mac 2023 (sesi petang)


3.18 p.m: Saksi sepina pempetisyen, Sharifah Aresha Sofia Syed Anuar, 22 tahun, seorang pelajar, masuk mengangkat sumpah untuk menjadi saksi. Beliau menetap dan berasal dari Kampung Padang Midin dan belajar di USIM, Nilai. Mengundi di Sekolah Kebangsaan Padang Midin dan belum pernah mengundi sebelum ini.

Saksi berkata namanya tiada dalam senarai pengundi luar tetapi beliau dihubungi oleh ayahnya ketika beratur untuk membuang undi yang beliau boleh mendapatkan duit tambang bas. Selepas mengundi, beliau ke khemah untuk sahkan namanya tetapi namanya tiada dalam senarai. Kemudian beliau diberikan kupon dan disuruh pergi ke Surau al-Ridhwan. Beliau ke sana dengan ayah beliau menaiki motor.

Di sana, beliau dapati ramai orang di sana yang pada fikirannya bertujuan untuk mengambil wang. Beliau sebaliknya ke meja lain bagi mengambil borang terlebih dahulu setelah melihat beberapa orang lain mengisi borang tersebut. Keseluruhan proses sehingga selesai beliau menerima wang ialah sehingga kira-kira jam 4 petang lebih bermula beliau sampai ke surau kira-kira jam 3.30 petang. Sepanjang masa menunggu giliran itu, beliau memilih duduk di satu tempat yang agak jauh dari beranda surau bersama telefon bimbitnya.

Beliau memberitahu mahkamah, hanya semalam beliau tahu nama pemberi wang itu yang dinamakan sebagai Haji Nordin Abdul Jalil dan beliau mengesahkan setelah diperlihatkan gambar dan video. Beliau juga menjawab kenal calon PAS Marang TS Abdul Hadi Awang dan tidak mengenali calon BN, Jasmira Othman apabila ditanya peguam pempetisyen.

Ketika di surau, pemberi wang meminta kad pengenalan saksi dan bertanya, adakah beliau belajar di Negeri Sembilan. Saksi menjawab ya dan pemberi wang itu terus memberikan wang, tanpa bersoal jawab atau menyuruh saksi bersumpah. Saksi kemudiannya terus pulang ke rumah bersama ayahnya.

Saksi dengan yakin berkata wang itu pada pemahamannya ialah wang tambang bas dan beliau juga tiada merasakan apa-apa dengan bayaran itu apabila diasak oleh peguam pempetisyen. Ditanya adakah itu sebagai sogokan dan bukan elaun, saksi menjawab dengan tenang, beliau tidak merasakan begitu. Saksi juga telah ada pegangan calon manakah yang mahu beliau undi dan tidak langsung merasa tergugat dengan apa-apa untuk mengubah pilihannya, termasuk pemberian wang itu.

Saksi tidak bersetuju dengan cadangan peguam pempetisyen yang wang itu adalah satu sogokan apabila ditanya kali kedua. Saksi berpendapat yang semua orang mendapat wang tambang untuk pengundi luar. Saksi sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak disuruh mengangkat sumpah apabila peguam pempetisyen cuba memainkan semula soalan yang sama berkenaan sumpah sebelum menerima wang. 

Ketika ini, keadaan menjadi agak lucu dengan peguam pempetisyen menjadi teragak-agak apabila mendengar jawapan tegas saksi. Kelihatannya hampir semua ketawa kecil dengan gelagat peguam pempetisyen itu. Saksi juga tidak tahu samada orang lain kena bersumpah dahulu sebelum menerima wang, kerana beliau duduk di kawasan agak jauh dengan beranda surau.

04.01p.m: Peguam responden mengambil tempat untuk soal jawab.

Saksi yang seorang pelajar pengajian Islam tahun kedua bersetuju bahawa pendirian beliau untuk mengundi calon mana, berdasarkan kepada peribadi calon, parti dan juga agenda yang mahu dibawa. Dan saksi bersetuju, beliau sememangnya sudah ada pilihan calon manakah yang beliau ingin undi sebelum PRU15 tempoh hari.

Saksi pergi terus ke saluran mengundi dan ingin menghabiskan dengan proses pengundian dengan segera dan beliau juga tidak menghiraukan khemah-khemah yang berada di situ. Saksi juga berkata, apabila menerima panggilan telefon dari ayah beliau, beliau tidak bertanyakan langsung kepada ayahnya pihak manakah yang mahu memberikan wang kerana bagi beliau tidak penting disebabkan beliau sudah ada pegangan untuk mengundi calon mana.

Jika sekiranya ayah beliau tidak menghubungi beliau waktu itu, saksi berkata, beliau tetap dengan proses mengundinya tanpa diberati dengan apa-apa paksaan atau ajakan pihak lain kerana tanggungjawab beliau kepada negara dan agama untuk mengundi.

Saksi berkata tidak ada pada mana-mana masa selepas dan sebelum itu, beliau tidak dijanjikan apa-apa oleh petugas mana-mana parti. Beliau hanya diminta untuk mengisi borang sahaja sebelum ke surau. Beliau juga bersetuju bahawa tiada apa-apa yang mempengaruhi beliau sehingga beliau ke surau.

Saksi yang kelihatan begitu tenang menjawab semua persoalan itu terus memberikan kerjasama yang baik dengan seterusnya menolak cadangan peguam responden bahawa wang itu telah memberikan kesan kepada beliau untuk mengundi dan bersetuju wang itu bukan rasuah berdasarkan akta yang telah dibaca dan difahamkan oleh peguam responden. Saksi tidak dipaksa berikrar untuk mengundi sesiapa dan bersetuju pihak responden tidak mempengaruhi beliau dengan wang.

Tiada bendera parti PAS di surau itu menurut saksi yang mungkin boleh mempengaruhi beliau berdasarkan gambar yang ditunjukkan peguam responden. Saksi mengakui yang pemberi wang juga tidak mempengaruhi beliau pada mana-mana masa untuk mengundi responden. Selesai soalan dari peguam responden.

Peguam pempetisyen bangun untuk membuat soalan tambahan dengan berkata yang saksi menjawab secara mengelirukan ketika menjawab soalan peguam responden. Saksi menjawab beliau pada mulanya tidak memahami soalan dan apabila memahami soalan beliau bersetuju dengan cadangan peguam responden.

Peguam pempetisyen cuba membawa isu wang bayaran pengundi luar adalah satu kesalahan dalam akta PRU dan peguam responden segera bangun membantah kerana tiada peruntukan secara khusus mengatakan demikian dan peguam pempetisyen kemudiannya menarik kembali soalan itu.

Saksi berkata lagi, calon PAS dilihat sebagai calon yang baik kerana dari segi agama beliau yang kuat apabila peguam pempetisyen mahu menyoal apakah kriteria calon yang beliau lihat. Peguam pempestisyen kemudiannya membuat permohonan kepada mahkamah bagi melepaskan saksi dan akan memanggil saksi seterusnya. Perbicaraan ditangguhkan dan akan disambung pada esok pagi.

*Saksi sepina ialah saksi yang dipanggil menggunakan arahan mahkamah yang dimohon oleh samada pempetisyen atau responden. Mereka bukan saksi khusus kepada salah satu pihak. Saksi tersebut mungkin akan memberikan keuntungan kepada pihak yang memanggil dan mungkin akan menjadi sebaliknya.

Mohd Nasir Abdullah
7 Mac 2023
( Hide )
  1. Peguam pempetisyen cuba nak pusing fakta spya saksi terima wang tambang bas balik mgundi sbg rasuah utk myokong seseorg calon pru. Umno yg jelas dgn video beri wang rasuah utk mgundi BN pun mahkamah tak panggil2 bicara selama 62 tahun BN perintah.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo