NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jumlah miskin tegar di KL turun pada 2022, kata Azalina

Azalina Othman Said berkata, kerajaan melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan pendapatan keluarga miskin.


KUALA LUMPUR: Jumlah keluarga miskin tegar di Kuala Lumpur berkurangan sebanyak 44% tahun lalu.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen terhadap soalan Johari Ghani (BN-Titiwangsa), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said mendapati terdapat 2,713 keluarga miskin tegar di Kuala Lumpur pada 2022 berbanding 3,865 isi rumah pada 2021.

Katanya, jumlah keluarga miskin di ibu kota turut berkurangan 15% daripada 4,545 pada 2021 kepada 3,874 tahun lalu.

Sebuah keluarga dianggap miskin dan miskin tegar jika pendapatan bulanan masing-masing di bawah RM2,208 serta RM1,169.

“Program ini sangat membantu warga Kuala Lumpur mendepani isu kenaikan kos sara hidup, peluasan akses kepada perkhidmatan kesihatan, menambah baik keupayaan isi rumah memperolehi hak untuk mendapatkan makanan dan meningkatkan penawaran peluang pekerjaan.”

Azalina berkata, Jabatan Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Perbadanan Labuan komited mencapai sifar miskin tegar sejajar sasaran negara pada 2025.

Katanya, Putrajaya berjaya mencapai sifar miskin tegar pada Julai 2022.


Sumber | FMT Malaysia



-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Johari bertanya mengenai jumlah keluarga dikategorikan miskin dan miskin tegar di Kuala Lumpur dari 2018, 2019, 2020, 2021 dan 2022.

Beliau juga ingin tahu rancangan kerajaan untuk mengatasi masalah kemiskinan di Kuala Lumpur.

Azalina berkata, kerajaan melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan pendapatan keluarga, selain memperkenalkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan tahap pendidikan, kesihatan, perumahan dan taraf hidup mereka.

Beliau memetik program seperti Jualan Rakyat MYGrocer@Wilayah, MyMedic@Wilayah, MyFood@Wilayah dan MyJob@Wilayah yang dilancarkan Jabatan Wilayah Persekutuan sebagai contoh.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo