NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Siasat juga sumber kewangan parti politik dalam kerajaan

Razali Idris


KUALA TERENGGANU - Sumber kewangan parti politik dalam kerajaan juga perlu disiasat bagi memastikan siasatan dilakukan secara meluas dan menyeluruh serta tidak hanya tertumpu kepada parti pembangkang.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, beliau secara peribadi berpandangan langkah itu wajar diambil bagi membuktikan ketelusan siasatan yang dilakukan oleh badan antirasuah di negara ini.

Jelas beliau, Bersatu sebelum ini telah memberikan kerjasama berhubung siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap akaun parti itu.

"Kita telah pun memberikan kerjasama yang baik kepada SPRM berhubung perkara ini termasuk menyerahkan dokumen-dokumen yang diperlukan sejak siasatan dilakukan dua minggu lalu.

 "Bersatu terbuka dan sedia memberikan kerjasama untuk proses siasatan lanjut. Apa yang kita mahukan ialah ia disiasat secara telus.

"Kita juga mengesyorkan supaya jangan hanya siasat akaun parti pembangkang, siasat juga akaun parti-parti lain dalam kerajaan sama ada PKR, DAP dan Amanah bagi memastikan dari mana datangnya sumber kewangan mereka," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, pada Rabu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki pada Rabu mengesahkan beberapa akaun Bersatu dibekukan bagi membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram (illegal proceeds).

Katanya, akaun parti berkenaan dibekukan pihak berkuasa sejak dua minggu lalu bagi memudahkan siasatan yang dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.


Sumber I Sinar Harian 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo