NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Akaun Bersatu Pahang tidak dibeku



KUANTAN - Akuan bank Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Pahang masih aktif dan tidak dibekukan kata Timbalan Bersatu Pahang, Mohd Yazid Mohd Yunus.

Beliau menjelaskan semua urusan dan operasi parti terbabit sama ada di peringkat bahagian mahu pun cadangan masih berjalan seperti biasa.

"Semuanya normal, malah akaun (bank) kami masih aktif. Saya tidak pasti tempat orang lain, tapi di Pahang akaun kami tidak ada masalah.

"Saya hanya boleh bercakap bagi negeri Pahang sajalah, saya tak pasti (keadaan) di tempat (negeri) lain," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Sebelum itu, akhbar tempatan melaporkan akaun Bersatu dibekukan sehari selepas parti itu mendedahkan penyata akaunnya kepada umum.

Pembekuan itu disahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Menurutnya, akaun parti berkenaan dibekukan sejak dua minggu lalu bagi memudahkan siasatan yang dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.

Pada awalnya pembekuan berkenaan dipercayai ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap dana dana rangsangan kerajaan, berjumlah RM92.5 bilion semasa pandemik Covid-19 dan didakwa diselewengkan.

Bagaimanapun sumber SPRM yang enggan dikenali berkata, pembekuan dibuat bagi menyiasat dakwaan Bersatu menerima sumbangan daripada kira-kira 10 kontraktor yang mendapat pelbagai projek semasa parti itu menjadi kerajaan.

Sumber itu berkata, jumlah sumbangan itu disyaki berjumlah lebih RM300 juta.

Mohd Yazid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar tidak menolak dakwaan pembekuan akaun parti itu mungkin ada kaitan dengan pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Katanya, pelbagai andaian boleh dibuat, tetapi pembekuan terbabit menjejaskan kekuatan dimiliki Bersatu ketika ini.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pendidikan Bersatu Pahang, Datuk Jasri Jamaludin memaklumkan Bersatu telah keluarkan Laporan Audit Parti Bersatu tahun 2020 kepada orang awam untuk dinilai.

Ujar ADUN Kuala Sentul itu, laporan terbabit jelas memperlihatkan tiada sebarang unsur rasuah dan duit berbilion ringgit seperti yang dilaporkan, malah diterima baik Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Beliau bagaimanapun menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan susulan pembekuan beberapa akaun milik parti tersebut.

"Saya juga mengalukan pihak SPRM menjalankan tugas mereka bagi menangani persepsi dakwaan tersebut," katanya.


Sumber I Sinar Harian  





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo