NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rupanya lebih 500 penceroboh tanah di Raub tanam musang king

Dua hari lepas, lebih 500 'penceroboh' tanah di Raub (Kes Musang King) mengadakan himpunan di Raub bersama wakil-wakil rakyat DAP.

Wakil-wakil rakyat DAP yang dilaporkan hadir ialah ahli parlimen Raub (YB Chow Yu Hui) dan ADUN Tras (YB Tengku Zulpuri). 

Fuh. Bayangkanlah bagaimana penceroboh-penceroboh tanah boleh berakar umbi dan beranak-pinak menjadi bilangan sebesar ini.

Selalunya kalau kes ceroboh tanah, hanya sekumpulan kecil 2-3 orang sahaja. Jumlah ratusan ini saya tidak pasti apakah termasuk pekerja-pekerja buruh. Kalau tidak, pastinya boleh cecah ribu. 

Memang luar biasa punya gandaan haramnya itu. Dahsyat.

Sememangnya wakil-wakil rakyat sangat istimewa bagi para penceroboh tanah itu kerana berada di barisan hadapan perhimpunan tersebut. 

Mana taknya, sebelum ini baru sahaja ahli parlimen Raub (DAP) membuat gesaan kepada kerajaan negeri supaya undang-undang tanah mengenai penanaman durian dilihat semula. 

Malah, memang DAP istiqamah memberikan dokongan sejak peringkat awal lagi. Mestilah sayang sangat. 

Inilah DAP yang Tok Mat dan UMNO sayang sangat tu. Memang terbukti mereka ini tidak bermuka-muka dan jujur; walaupun haram tetap sokong tanpa berselindung. 

Eloklah lepas ini jemput ketua Bahagian UMNO Raub sekali dan kalau nak lagi lengkap, ajak Presiden UMNO terus. 

Aminuddin Yahaya
Gagasan Bangsa
4 Februari 2023

---

( Hide )
  1. kalu komisyen 25% tu dh bnyak mana dh masyuk kt MB Umno pahang tu.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo