NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Presiden MAA, Aishah Ahmad meninggal dunia di Jeddah

Aishah Ahmad.

PETALING JAYA – Presiden Malaysian Automotive Association (MAA), Datuk Aishah Ahmad dilaporkan meninggal dunia di Jeddah, awal pagi tadi (waktu Malaysia) pada usia 71 tahun.

Allahyarhamah merupakan Presiden MAA selama hampir 23 tahun sejak Januari, tahun 2000.

Beliau juga pernah memegang jawatan Ketua Hal Ehwal Korporat di Sime Darby Motors dan CEO Sime Darby Auto Imports Sdn Bhd selain menyandang tugas Perunding Kanan di Hyundai-Sime Darby Motors.

Sementara itu, Ketua Jurulatih TIC Advanced & Performance Driving Academy, Azad Jasmi, meluahkan rasa sedih apabila menerima berita daripada sahabatnya mengenai kematian Allahyarhamah.

“Saya menerima berita mengejutkan pagi ini dari rakan kelas saya, Sharifah Nor (Pah) di Sekolah Menengah Derma (Dermarian) Perlis bahawa mak cik beliau, Datuk Aishah Ahmad baru menghembuskan nafas beliau di Jeddah setelah selesai umrah Tawaf Widak.

“Menurut Pah, mak cik beliau tidak sakit apa-apa. Allah ambil nyawa beliau dalam keadaan bersih Insya-Allah.

“Kita doakan beliau ditempatkan bersama insan yang disayangi Allah,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini. – KOSMO! ONLINE



No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo