NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Izzah tak lagi jadi penasihat PM, tetapi sertai Hassan Merican di Kementerian Kewangan

story-image

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini memaklumkan dia tidak lagi berkhidmat sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Nurul Izzah dalam satu kenyataan berkata, ini berikutan dia menerima pelawaan untuk menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat menteri kewangan bagi membantu usaha memperkukuh ekonomi negara.

"Pengerusi Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan, Tan Sri Mohd Hassan Marican, telah mengundang saya menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat bagi membantu usaha mereka dalam memperkukuh ekonomi negara dan rakyat. Saya dengan rendah diri menerima tanggungjawab ini.

"Menerusi peranan baru ini, saya tidak lagi berkhidmat sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada YAB Perdana Menteri. Saya amat menghargai setiap peluang untuk menyumbang kepada negara demi melakar masa depan yang lebih baik untuk Malaysia

Izzah berkata dia menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas setiap sokongan yang diberikan, baik daripada orang ramai mahupun seluruh pasukan perkhidmatan awam dan komuniti Kerajaan.

Terdahulu, Hassan berkata dia menyampaikan undangan kepada Nurul Izzah, bersama pengurus kanan Petronas Khairil Anuar Ramli.

Anwar sebelum ini menerima kritikan hebat selepas dia mengumumkan pelantikan Nurul Izzah sebagai penasihat kanannya, yang didakwa merupakan amalan kronisme.

Perdana menteri bagaimanapun menyebut mengenai latar belakang akademik Nurul Izzah, malah anak perempuannya itu tidak akan menerima sebarang gaji daripada jawatan itu, bagi mempertahankan pelantikannya.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo