NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Taufan Gabrielle melepasi Pulau Norfolk, menuju ke New Zealand

Taufan Gabrielle melepasi Pulau Norfolk malam Sabtu kini menuju ke New Zealand. - Foto EPA-EFE


SYDNEY: Penduduk di Pulau Norfolk, Australia melakukan pembersihan selepas taufan Gabrielle yang melanda kawasan berkenaan dan menyebabkan kemusnahan kecil, kini menuju ke New Zealand.

Pihak pengurusan kecemasan pinggir bandar Australia memaklumkan, taufan terbabit yang kategorinya diturunkan kepada sistem tekanan rendah sub tropika, melepasi Pulau Norfolk membawa bersama angin kencang.

Pengurusan Kecemasan Pulau Norfolk pula berkata, pihaknya kini sedang melakukan aktiviti membersihkan sisa runtuhan kecil dan pokok tumbang selain berusaha memulihkan bekalan elektrik.

"Kerja pembersihan giat dijalankan dan usaha memulihkan bekalan elektrik mungkin mengambil sedikit masa," katanya.

Terdapat kira-kira 2,000 penduduk menghuni pulau berkenaan, rata-ratanya berketurunan pelayar dari kapal HMS Bounty pada abad ke-18.

Semua penduduk terbabit bernasib baik apabila taufan berkenaan sekadar melepas penempatan mereka tanpa menyebabkan kemusnahan besar.

Di New Zealand, 1,460 kilometer dari selatan negara itu, ramalan kaji cuaca mengeluarkan amaran kemungkinan dibadai ribut kuat selepas bandar terbesarnya, Auckland dilanda hujan lebat mengakibatkan banjir yang meragut empat nyawa.

Malah, syarikat penerbangan Air New Zealand, membatalkan beberapa penerbangan di North Island bermula Ahad hingga Selasa ini susulan ramalan cuaca buruk.

Dengan taufan Gabrielle menghala ke selatan, Pengurusan Kecemasan Auckland, mengeluarkan amaran kemungkinan bandar raya itu dilanda angin kuat dengan kelajuan melebihi 140 kilometer sejam (km/j).

"Taufan ini membawa ancaman dan risiko yang ekstrem bersama cuaca luar jangka di kebanyakan wilayah di North Island bermula Ahad hingga Selasa ini," menurut ramalan kaji cuaca, MetService. - REUTERS




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo