NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hanya cosplay untuk mengimbau kemulian dan jihad zaman generasi Al Quran

HANYA COSPLAY UNTUK MENGIMBAU KEMULIAAN DAN JIHAD ZAMAN GENERASI AL QURAN.
Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.

Tak semena -mena medsos seperti menggelegak dengan isu himpunan anak-anak muda di Setiu Terengganu, isu diputar dengan galak termasuk oleh bekas ahli MSU PAS . Avatar PHBN semenjak jam 11.00 pagi membahan , membelasah  dan merendahkan wibawa anak-anak muda PAS Terengganu yang dilihat tidak madani ( izinkan saya untuk meludah perlahan¡). Asal muasal himpunan ini ialah Program Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT) yang telah diwujudkan sejak awal dekad 1990an, HIMPIT akhirnya menjadi proto program kepada HEMPAP, HEMPAS , HARAP dan lain-lain jenama himpunan Dewan Pemuda PAS peringkat negeri dan wilayah Persekutuan.

Di zaman saya memimpin Dewan Pemuda Wilayah Persekutuan, kami anjurkan himpunan Pemuda Wilayah yang kami namakan HARAP, namun terlalu jauh untuk menyaingi prohram HIMPIT anjuran Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu saat itu. Pemuda Terengganu lebih komited dan berkeringat bermandi pemuda kami yang kebanyakannya kelompok kelas menengah. Cuma zaman itu himpunan kami belum ada idea tentang " cosplay" , tema pakaian, gimik-gimik pelik untuk memeriahkan acara. Ramai pula kalangan kami,saat itu anak-anak muda "skema" ,namun sesekali bertempur dengan aparat keamanan semasa demonstrasi!.
Terasa sangat dungu hari ini membaca komen-komen pimpinan Pan terutamanya,seolah mereka tidak pernah hadir kehidupan dalam jemaah Islam PAS. Arogansi mereka sangat luar biasa sehingga memohon pihak keselamatan mengambil tindakan terhadap pemuda PAS. Meleret lagi dengan komen daripada Menteri Agama diatas penganjuran program himpunan tahunan pemuda PAS Terengganu yang kali ini diadakan di Kem Seri Bari, Setiu. Mengapa tidak responsif dengan cosplay yang jauh lebih barbarik? Tak patuh syariah, animae serta penonjolan zaman gelap Eropah, mengapa bersikap terpilih dalam merespon HIMPIT yang dianjurkan oleh Pemuda PAS ,himpunan yang mengumpul ribuan orang muda seperti ini memicu kedengkian dan kebimbangan kalian.
 
Sejak dimulakan 30 tahun dahulu dan terhenti seketika dimusim pandemik,HIMPIT  dimulai dengan perarakan melibatkan lapan kawasan kawasan dalam  negeri Terengganu, setiap kontinjen kawasan atau  parlimen berarak masuk   kelokasi  tapak program dengan tema dan replika masing-masing sebagai cerminan idea, kreativiti, keunikan dan semangat yang terpancar daripada kawasan masing-masing. Contohnya DPP Kawasan Besut daerah agrarian, menebar pesona dengan ledakan bom asap dengan tema perjuangan Palestin yang tak gentar dengan zionis dan sebarang musuh- musuh Islam.

Parlimen paling besar kemenangan PAS dalam PRU 15 ialah Marang ( lebih 41 k majoriti). Uniknya Dewan Pemuda PAS kawasan  Marang bertemakan kemuliaan jihad dan pengorbanan zaman ar Rasul dan jilul Quran. Anak muda Marang dengan muka kepongahan mengharungi medan jihad , bersimpongan laungan takbir membesarkan Allah,
membawa replika pedang Dzulfaqqar berukuran 20 kaki seberat 40 kilogram dengan kelebaran dua kaki. Diarak diatas kenderaan pacuan masuk ke kawasan persendirian ( resort Kem Bari Setiu)

Menurut Ketua DPP Marang, Ustaz Yusuf Abdul Hadi, pemakaian baju perang zaman Rasulullah SAW dan kegemilangan islam melengkapkan tema. Alatan yang dibuat daripada aluminium dan peralatan-peralatan kecil yang dibeli daripada kedai ECO Shop (RM2) . Manakala topi aluminium yang dibalut dengan serban hijau serta pedang daripada kayu berukuran 4 kaki seberat 400 gram. Ianya bukanlah bahan merbahaya yang cuba digemburkan oleh pembenci-pembenci PAS, kononnya cuba mencetus kerancuan berfikir tentang toleransi Islam dalam masyarakat berbilang kaum negara ini.

Tak salah untuk merasa membusung dada, berbangga dengan sejarah kegemilangan Islam, mengharungi kejerihan perang Badar, Uhud, Hunain, Tabuk, Fathul Makkah, Mut'ah, Ahzab dan puluhan perang yang lain.Pemakaian baju perisai kalis panah serta baju kulit dan busur serta tombak perisai lambang kehebatan pejuang Islam zaman generasi al Quran yang ditarbiah oleh ar Rasul SAW bukan melambangkan pemakaian pengganas sebagai cerminan Islamphobia diseluruh belahan dunia.

Kepada penganut Islamphobia, pembenci-pembenci PAS, isu cosplay berdasarkan pejuang Islam zaman ar Rasul tak perlu kajian jadikan isu besar negara sehingga melibatkan pihak polis. Sepatutnya kalian membina kekuatan sendiri bagi berhadapan kemaraan PAS/ PN dalam PRN yang akan berlangsung beberapa bulan lagi. Untuk adik-adik Dewan Pemuda semua, janganlah merasa lemah semangat dengan intimidasi, perlecehan, asakan pembuli siber. Teruskan merancang program untuk memenangi anak-anak muda seluruh negara termasuk program berorientasikan intelektual seperti bedah buku,acara baca buku, bicara tokoh, wacana - wacana ilmu kerana tak semua segmen masyarakat meminati program- program ringan dan himpuna mega. Jalan terus wahai anak muda !.

( penulis ialah AJK PAS Pusat, Mantan Ketua DPP Wilayah Persekutuan)
( Hide )
  1. Bagi yg bodo sejarah dan tradisi Bangsa Terengganu ni nak bagi tahu bahawa costum tu adalah tarian Silat gayong ota-ota versi cosplay dgn sedikit suntikan asia tengah (turkic) dan arabian.
    Silat Gayong Ota-Ota ialah salah satu seni mempertahankan diri bagi bangsa Melayu di nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Namun, Silat Gayong Ota-Ota (kadang-kadang dieja sebagai 'Otar') ini telah diubah untuk dipertontonkan dalam bentuk tarian kepahlawanan dan ia berasal dari negeri Terengganu. Gerak tarinya lebih berdasarkan pergerakan pertahanan dan serangan serta selaras dengan pukulan gendang dan gong. Persembahan ini ditarikan oleh para penari lelaki yang bersenjatakan pedang, perisai dan loceng.


    SSGOO ni kat sekolah pun ada diajar, malah atok aku cakap masa dia jadi guru di
    then Sultan Sulaiman Secondary School (sekarang Sekolah Menengah Sultan Sulaiman) Kuala Terengganu tahun enampuluhan dulu pun dia biasa tengok latihan dan acara perarakan pertunjuka tarian tersebut. Dan ianya menjadi ko-ko sejak zaman Inggris lagi di sekolah tersebut.
    Dekat youtube ada diupload versi pakaian tradisi Bangsa Terengganu.

    https://youtu.be/eBvMA9nTH2Q

    Apa nak kepoh sangat, budak-budak tu cuma melestarikan budaya mereka di negeri tanah air pusaka moyang mereka.
    Pendatang dan macai-macai serta kitul pendatang apa menyibuk?

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo