NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hanis perlu lalui proses penggantungan, kata presiden KHM

Hanis Nadiah Onn digantung daripada skuad kebangsaan ke Sukan SEA Kemboja 2023 kerana komen berbaur perkauman. – Gambar Instagram Hokita, 12 Februari, 2023.


PEMAIN hoki wanita negara Hanis Nadiah Onn tidak perlu mengemukakan sebarang rayuan berhubung hukuman penggantungan yang dikenakan ke atasnya.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Subahan Kamal berkata pemain berusia 26 tahun itu perlu melalui penggantungan sebagai pemain profesional dan proses hukuman untuk mendisiplinkan diri.

Beliau berkata sebarang proses rayuan membabitkan mana-mana atlet perlu melalui badan induk persatuan sukan masing-masing dan sebarang keputusan akan dibincang bersama Majlis Sukan Negara (MSN) serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Saya yakin dengan tindakan sebegini rupa, Hanis Nadiah akan menjadi pemain yang lebih hebat dan cekal. Dari segi rayuan, biar dia jalani dahulu (hukuman penggantungan). Tak perlu rayu kerana kami di pihak KHM memang beri yang terbaik.

“Kami tidak buat keputusan sesuka hati, KBS minta kami bawa pulang empat pingat emas dari Sukan SEA dan Hanis Nadiah sebagai penyerang utama, kami memang akan rasa kehilangan tetapi dia perlu lalui proses itu. Kalau ada tindakan sebaliknya kami akan berbincang dengan MSN,” katanya.

Subahan berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penutup karnival hoki 5s, B11 dan B15 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Pada 9 Februari, jawatankuasa siasatan MSN dan KHM membuat keputusan untuk menggantung Hanis Nadiah dan dia tidak dibenarkan mewakili pasukan kebangsaan pada Sukan SEA Kemboja 2023.

Keputusan itu dibuat susulan komen Hanis Nadiah yang didakwa berbaur perkauman berkaitan konsert penyanyi dan komposer dari India AR Rahman di ibu negara bulan lalu.

Bagaimanapun, sebelum ini Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memaklumkan Pemain Harapan Terbaik Asia 2016 itu boleh mengemukakan rayuan kepada Ketua Pengarah MSN Ahmad Shapawi Ismail dan Subahan. – Bernama, 12 Februari, 2023.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo