Wan Saiful mendakwa kerusi di blok kerajaan pada sebelah petang kebanyakannya kosong. (Gambar kecil: Wan Saiful)
Wan Saiful mendakwa kerusi di blok kerajaan pada sebelah petang kebanyakannya kosong. (Gambar kecil: Wan Saiful)

SHAH ALAM - Dakwaan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung berkaitan tiga pemimpin utama dari blok pembangkang tidak hadir pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 sebelah pagi adalah tidak benar.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, tiga pemimpin utama iaitu Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Hamzah dan Muhyiddin semasa Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 pada Selasa.
Hamzah dan Muhyiddin semasa Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 pada Selasa.

Malah Ahli Parlimen Tasek Gelugor tersebut mendakwa, kerusi di blok kerajaan pada sebelah petang kebanyakannya kosong.

“Ada (Muhyiddin, Hamzah, Abdul Hadi) dalam dewan. Yang kosong sekarang (sesi petang) semuanya di blok kerajaan."

“Blok PN penuh. Blok kerajaan di alam ghaib,” katanya ketika dihubungi wartawan Sinar Harian pada Selasa.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan Chean Chung mendakwa tiga pemimpin utama PN termasuk Ketua Pembangkang tidak menghadiri Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 pada sebelah pagi Selasa.

Blok pembangkang pada sesi petang.
Blok pembangkang pada sesi petang.

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa beberapa pemimpin tersebut antaranya Hamzah Zainuddin, Muhyiddin Yassin dan Abdul Hadi Awang.

Chean Chung turut mempersoalkan adakah kesemua pemimpin tersebut lebih sibuk sehingga tidak dapat menghadiri Parlimen.