NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Turun dari kereta Grab semalam, rasa nak berjurai air mata.

Turun dari kereta Grab semalam, rasa nak berjurai air mata. 
.
Mulanya niat nak fokus siapkan kerja, tapi bila pemandu Grab cakap macam ni terus saya angkat kepala dan letak handphone ke tepi. 
.
“Saya ni tak pandai sangat tuan. Sekolah sampai SPM. Dapat pangkat 4. Itu yang rezeki saya takat bawa Grab.”
.
Saya pula memang jenis yang tak boleh tahan bila orang cakap gini. Laju je saya balas, rezeki Allah ni tak kira kita belajar tinggi-tinggi ke tak. 
.
Terus saya cerita pasal kawan saya yang belajar biasa-biasa tapi pandai melukis. Dengan izin Allah, rezeki dia melimpah ruah.
.
“Bang ada isteri anak-anak?” tanya saya. 
 .
Ada, seorang baru habis belajar universiti. Minggu depan masuk kerja. Seorang lagi baru habis SPM.
.
Saya pun cakap, itu pun rezeki juga. Dapat besarkan anak sampai dewasa. 
.
“Ada orang, anak baru umur 3 tahun, dapat penyakit kemudian meninggal dunia.”
.
Dia mengangguk perlahan. 
.
“Saya ni bawa Grab sebab dah lama tak solat jemaah.”
 .
Eh, terkejut saya dengar. 
.
“Dulu saya bertahun kerja buat murtabak. Memang dapat solat tapi jarang betul dapat solat jemaah. Saya rindu sangat nak solat jemaah.
.
Sampai 1 hari tu saya jumpa bos saya dan minta berhenti kerja.”
.
Saya pula menyibuk pergi tanya isteri dia setuju ke. Dia pun tergelak sambil memegang dahi. 
.
“Mula-mula isteri saya tak setuju la. Dia kata dah elok kerja kat kedai, tiba-tiba nak bawa teksi. Tapi saya cakap kat dia niat saya sebab nak solat jemaah.”
.
“Dah 3 tahun saya bawa Grab, belum pernah saya tinggal solat jemaah. Subuh sampai ke Isyak setiap hari.”
.
Aduh, saya diam terkedu. 
.
“Saya sampai masjid awal, lepas habis solat saya zikir. Lepas tu sambung bawa Grab sampai pukul 10 malam.”
.
Saya makin khusyuk mendengar. 
.
“Saya tak tahu rezeki datang dari mana, saya dapat beli 1 lagi rumah dan saya tukar jadi homestay.”
.
“Sekarang ni, orang kata duit tu sentiasa ada lah. Anak pun dah besar. Saya pun dah 50 tahun. 
.
Kalau isteri nak ajak saya kemana-mana, saya terus je cuti. Senang. Tak ada apa nak dikejar dah,” nampak dia tersenyum. 
.
“Yang nak dikejar cuma tinggal 1 je. Saya nak kejar solat jemaah.”
.
Rasa nak berjurai air mata ni. Allah, terasa kerdil betul diri ni. 
.
Entah ada ke rezeki yang lebih besar dari mengadap Pencipta kita di awal waktu setiap hari. Rezeki dapat sujud dengan tenang.
.
Saya pun tak tahu. Yang saya tahu, jumpa orang yang baik baik macam semalam pun dikira rezeki besar untuk saya.
.
Saya belajar sesuatu. Terima kasih Ya Allah.
.
Sumber : Redza Zainol

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo