NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saya sudah lebih 30 tahun tinggalkan UMNO, hubungan saya Zahid biasa sahaja – Anwar

KANGAR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusan UMNO tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi parti itu dalam pemilihan akan datang tidak ada kena mengena dengan beliau.

Kata Presiden PKR itu, beliau sudah meninggalkan UMNO sudah terlalu lama iaitu sejak lebih 30 tahun lalu.

“Saya dah lama tinggal UMNO, 30 tahun dah, jadi tidak ada kena mengena lagi dengan UMNO,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai keputusan UMNO yang tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi parti itu dalam pemilihan akan datang.

Anwar berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Amanat Perdana Menteri bersama penjawat awam Perlis di Dewan 2020 di sini hari ini.

Kelmarin akhbar ini melaporkan, Datuk Seri Dr.  Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hasan kekal sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO setelah perwakilan meluluskan usul kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti itu akan datang.

Keputusan itu dicapai setelah majoriti perwakilan bersetuju terhadap cadangan agar 

Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan menerusi satu usul tambahan oleh wakil UMNO Bahagian Rembau, Mohd. Shukri Shamsudin kelmarin.

Ini setelah undian dibuat melibatkan kira-kira 5,523 perwakilan yang bangun berdiri menyokong usul itu melebihi jumlah yang tidak menyokong.

Kelmarin, cadangan usul tambahan itu mendapat reaksi berbeza para perwakilan apabila termasuk melibatkan daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri seperti Wilayah Persekutuan dan Johor menolak usul tersebut dan mahu kedua-dua jawatan berkenaan dipertandingkan. – UTUSAN


( Hide )
  1. "Hassan Karim memulakan kritikan dengan memetik Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 33A(1) yang menyatakan bahawa Yang diPertuan Agong (YDPA) hendaklah terhenti menjalankan fungsi YDPA jika dipertuduh atas suatu kesalahan.

    “Bahasa mudahnya bermaksud bahawa YDPA kena meletakkan jawatan jika baginda dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang di dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan"..

    Hmmm.. nampaknya Anwar telah mengkhianati sesuatu yg besar nih dengan melantik sesaorang yg bukan berada diperingkat dituduh tapi sudah berada diperingkat untuk dipanggil membela diri.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo