NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO-DAP bertelagah, Puad pula serang Ramasamy

BANGI, 23 Jamadilakhir 1444H, Isnin – Meskipun ‘sekapal’, hubungan UMNO dan DAP dilihat tegang apabila beberapa pemimpin kedua-dua parti saling menyerang antara satu sama lain.

Hubungan mula dingin apabila pemimpin DAP, P Ramasamy mengeluarkan kenyataan seolah menyerang Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang itu membayangkan Ahmad Zahid  bukan sahaja ‘beban’ kepada UMNO, bahkan juga Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan sekarang, selagi beliau kekal presiden parti itu.

Bagaimanapun, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zakarshi tampil bersuara membela Ahmad Zahid dan menyifatkan Ramasamy juga  beban kepada DAP.

“Sebab itu DAP Putrajaya desak Ramasamy dikenakan tindakan disiplin. Dia marah kenapa seorang sahaja menteri India dalam Kabinet Anwar Ibrahim.

“Dia tuduh Dr Zakir Naik sebagai ‘syaitan’. Dia menjulang perjuangan keganasan LTTE.

“Lebih teruk dia tuduh kes tiga anak Loh Siew Hong yang memeluk agama Islam di Perlis sebagai penculikan. Ada tuduhan, Ramasamy sakit mental,” katanya menerusi hantaran di Facebook. 

Sebelum ini, Ramasamy mendakwa, keputusan Persidangan Agung UMNO (PAU) 2022 yang meluluskan usul jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti mungkin melegakan, tetapi umpama duri dalam daging buat UMNO, PH dan kerajaan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ahmad Zahid mungkin dilihat terselamat buat sementara waktu, namun beliau kelihatan sebagai ‘Albatross’ (masalah berterusan yang menjadi penghalang) yang melingkari UMNO dan juga PH serta Kerajaan Perpaduan,” dakwanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo