NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MBSP nafi tidak ambil tindakan warga asing berniaga tanpa lesen

Tular rakaman video Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Mohd Sophian Mohd Zain yang menyuarakan ketidakpuasan hatinya berhubung tindakan warga asing menjalankan perniagaan tanpa lesen di Taman Nagasari. - Tangkap layar video TikTok


BUKIT MERTAJAM: Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) menafikan dakwaan seorang pemilik akaun aplikasi TikTok bahawa pihaknya tidak mengambil sebarang tindakan berhubung aktiviti perniagaan yang dikendalikan warga asing di Taman Nagasari, Juru.
MBSP menerusi kenyataan hari ini berkata pihaknya tidak berkompromi terhadap peniaga warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa lesen sah daripada MBSP.
"Pihak MBSP ingin memaklumkan bahawa tindakan penguatkuasaan terhadap warga asing yang menjalankan perniagaan tanpa lesen perniagaan MBSP yang sah terutamanya di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti seperti di Taman Nagasari sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa.
"Antara tindakan proaktif serta tindakan penguatkuasaan yang telah diambil oleh MBSP di Taman Nagasari ialah membincangkan pelan tindakan serta isu-isu berkaitan aktiviti perniagaan warga asing di dalam Mesyuarat Pasukan Kerja Penyelesaian Masalah Kedai Warga Asing di Seberang Perai yang dipengerusikan oleh Ahli Majlis," katanya.
Selain itu, MBSP juga telah menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan secara berterusan terhadap aktiviti-aktiviti perniagaan warga asing dan warga tempatan di Taman Nagasari.
"Berdasarkan kepada penguatkuasaan yang dijalankan, 15 premis perniagaan daripada 19 premis perniagaan telah berhenti menjalankan aktiviti perniagaan.
"13 Notis Tawaran Kompaun, 18 Notis Menghendaki Perniagaan Dihentikan, 17 tindakan penguatkuasaan rampasan dan lapan tindakan meroboh binaan tanpa kebenaran telah dijalankan pada 12 Oktober 2022 di kawasan berkenaan, " katanya dalam kenyataan hari ini.
MBSP berkata, berdasarkan aduan pengadu melalui rakaman video tiktok tersebut, pihak MBSP mendapati premis tersebut adalah kediaman yang tidak mempunyai kelulusan tukar guna nkepada premis perniagaan dan sedang digunakan sebagai sebuah premis perniagaan kedai makan dan barangan runcit.
Terdahulu, tular rakaman video Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Mohd Sophian Mohd Zain yang menyuarakan ketidakpuasan hatinya berhubung tindakan warga asing menjalankan perniagaan tanpa lesen di kediamannya di Taman Nagasari.
Difahamkan aktiviti perniagaan haram di dalangi kumpulan warga asing itu telah berlaku sejak sekian lama di Taman Nagasari .
Rakaman berdurasi 1.18 itu antara lainnya memaparkan Mohd Soffian mendakwa pengusaha kedai berkenaan masih lagi beroperasi meskipun sebelum ini pernah diarahkan berpindah oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dua tahun lalu.

Sumber I Astro Awani 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo