NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Remaja lelaki Bangladesh terperangkap 6 hari dalam kontena ditemui selamat

KLANG – Seorang remaja lelaki warga Bangladesh ditemui lemah setelah dipercayai berada dalam kontena selama enam hari ketika tiba di Pelabuhan Barat, baru-baru ini.

Remaja tersebut dikenali Fahim dan ditemui kira-kira pukul 7.30 malam, Selasa lalu, hasil pemeriksaan terhadap kontena yang dibawa sebuah kapal.

Menurut sumber, petugas di pelabuhan itu kemudiannya mendengar ketukan pada salah sebuah kontena yang berstatus ’empty’ (kosong) dan hasil pemeriksaan telah menemui seorang remaja lelaki tanpa dokumen pengenalan diri.

“Remaja berkenaan menyatakan dia sedang berehat dan tertidur didalam kontena (terbuka) tersebut semasa berada di sebuah depoh di Bangladesh dan tidak sedar semasa proses kontena itu dikunci,” katanya, di sini.

Jelas sumber, remaja berkenaan didapati demam dan telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut, seterusnya akan dihantar semula ke Bangladesh menggunakan kapal sama, hari ini.

“Hasil siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah berkaitan kes ini. Ejen kapal akan menguruskan kebajikan remaja tersebut,” katanya.

Terdahulu tular dua video memaparkan keadaan kanak-kanak tersebut yang diselamatkan selepas berada di dalam kontena itu. – KOSMO! ONLINE


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo