NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH kena terima hakikat mereka lebih perlukan UMNO – Jazlan

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) perlu tahu apa yang mesti dilakukan untuk menambat hati ahli UMNO kerana secara dasar, tidak kesemuanya masih menerima gabungan itu pada hari ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, hakikatnya, PH lebih memerlukan UMNO untuk membentuk gabungan kerajaan dan tanpa parti itu PH tidak mampu membentuk kerajaan.

“Perlu diingat, mereka lebih memerlukan kita dari kita memerlukan mereka. Ingat ya, Perikatan Nasional (PN) dan PH sama.

“Kalau mereka tahu ahli UMNO belum terbuka untuk terima, mereka pun takkan rasa nak hadir?” soalnya dalam program Sembang Politik oleh Media Mulia TV (MMTV) bersiaran secara langsung di Utusan Online dan Kosmo! Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya adakah ahli UMNO boleh menerima kehadiran pimpinan PH dalam perhimpunan  agung parti itu bermula 11 Januari ini.

Terdahulu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jemputan kepada parti lain dalam kerajaan perpaduan untuk menghadiri PAU 2022 akan diputuskan Majlis Kerja Tertinggi dalam mesyuarat bulanannya.

Kerajaan perpaduan dianggotai PH, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Dalam perkembangan lain, Nur Jazlan mengakui pimpinan UMNO terdiri daripada mereka yang sudah berusia, sekali gus peluang perlu diberi kepada kepimpinan baharu supaya parti dilihat kekal relevan. – UTUSAN

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo