NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bung Moktar berdalih, tiada apa-apa, hanya mesyuarat saja

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin masih bermain teka teki mengenai khabar angin bahawa BN akan bergabung bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Warisan (Warisan) bagi membentuk kerajaan negeri Sabah.

Ketika ditemui selepas perjumpaan bersama UMNO Sabah di Ibu Pejabat UMNO Sabah hari ini, Bung Moktar menyatakan perjumpaan itu hanya sekadar berbincang mengenai masa hadapan parti.

“Tiada apa-apa hanya ‘meeting-meeting’ (perjumpaan) saja. Kami bincang mengenai masa depan parti,” katanya.

Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata, pertemuan yang dilakukan hanya mesyuarat atau perjumpaan biasa bersama pemimpin UMNO negeri.

Hari ini, Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dikatakan akan mengadakan pengumuman khas dalam satu sidang akhbar namun, ia ditangguhkan dan dijangka akan diadakan dalam masa terdekat.

Perjumpaan BN Sabah hari ini menguatkan lagi spekulasi bahawa BN dikatakan akan bergabung dengan Warisan bagi membentuk kerajaan negeri Sabah yang baharu.

Terdapat dakwaan menyatakan Mohd. Shafie dan beberapa pemimpin BN dan Pakatan Harapan (PH) Sabah mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin berkaitan langkah menubuhkan kerajaan negeri yang baharu. –UTUSAN


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo