NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Permatang Pauh sasaran besar PH

Anwar berkata Permatang Pauh tetap menjadi kubu kuat gerakan reformasi negara ini. - Gambar/ Bernama


PERMATANG PAUH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menawan semula Permatang Pauh selepas kubu kuat parti itu terlepas ke tangan Perikatan Nasional ( PN) pada Pilihan Raya Umum ( PRU15) lepas.
Beliau berkata, Permatang Pauh tetap menjadi kubu kuat gerakan reformasi negara ini dan beliau akan terus membela nasib rakyat walaupun kawasan Parlimen itu kini milik pembangkang.
Anwar berkata beliau tidak pernah melupakan Permatang Pauh meskipun tidak lagi menjadi Ahli Parlimen kawasan itu sejak 10 tahun yang lalu.
"Saya tak pernah lupa walaupun saya pindah ke Port Dickson, Tambun tapi asas kekuatan kita tetap Permatang Pauh... walaupun kita diuji sekali lagi tetapi kita akan tawan semula.
"Saya sebenarnya seronok balik ke Permatang Pauh. Banyak-banyak tempat saya pergi, bila dimakumkan berkenaan program di sini... saya teliti balik... saya tak boleh lupa kerana terlalu lama jatuh bangun di sini.
"Jasanya ramai... walaupun kita faham kadang-kadang ada renggang di antara orang yang dewasa sikit dengan orang muda... kita kena bagi masa sikit kepada anak muda ikuti perkembangan dan jangan terbawa-bawa," katanya.
Dalam pada itu, Anwar berkata, Kerajaan Perpaduan pimpinannya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang terlibat rasuah.
Tegasnya, untuk selamatkan negara ini, pimpinan haruslah menunjukkan teladan yang baik dan negara akan rosak jika ada pemimpin yang mengambil rasuah.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Program Minum Petang Bersama Rakyat di Lembah Makanan Bandar Perda di Bukit Mertajam pada Isnin.
Meskipun hujan lebat orang ramai khususnya penduduk setempat setia menunggu dan tidak melepaskan peluang untuk merakam detik bersejarah bersama pemimpin nombor satu negara itu.
Hadir sama isteri beliau, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.

Sumber I Astro Awani 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo