KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,445 kemalangan direkodkan pada hari kelima Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina di seluruh negara, semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, statistik kemalangan itu membabitkan 1,724 kenderaan terbabit.
Beliau berkata, berdasarkan statistik jumlah mengikut kenderaan terbabit dalam kemalangan jalan raya mencatatkan 1,310 kereta, kenderaan pacuan empat roda (230), motosikal (144), lori (17), bas (11), van (sembilan), teksi (dua) dan ambulans (satu).
"Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi JSPT menggunakan pendekatan "Advokasi dan Kempen Keselamatan Jalan Raya" dalam usaha meminimumkan kadar kemalangan jalan raya dan meningkatkan kawalan pencegahan jenayah pecah rumah sepanjang musim perayaan.
"Inisiatif yang dilaksanakan adalah langkah pencegahan kemalangan jalan raya, memberi penekanan berkenaan keselamatan di jalan raya d isamping mendidik pengguna mengamalkan sikap pemanduan berhemah dan mematuhi undang-undang jalan raya.
"Kita juga memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya terutama penunggang motosikal yang menjadi penyumbang utama kes kemalangan maut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, tumpuan lokasi advokasi adalah di stesen-stesen minyak, kawasan rehat dan rawat (R&R), restoran dan pusat membeli belah.
"PDRM menasihati semua pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan jadilah pemandu berhemah serta tidak mementingkan diri sendiri.
"Sentiasalah mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan perkara tidak diingini," katanya.
Sumber I BH Online
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment