NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perkhidmatan awan Microsoft alami gangguan di seluruh dunia



BENGALURU: Microsoft Corp berkata ia sudah memulihkan semua perkhidmatan awan selepas gangguan rangkaian menjejaskan platform awannya, Azure bersama perkhidmatan seperti Teams dan Outlook yang digunakan jutaan orang di seluruh dunia.

Laman status Azure menunjukkan perkhidmatan terjejas di Amerika, Eropah, Asia Pasifik, Asia Barat dan Afrika.

Hanya perkhidmatan di China dan platform untuk kerajaan yang tidak terkesan.

Azure berkata, kebanyakan pengguna akan menyaksikan perkhidmatan disambung selepas pemulihan sepenuhnya Rangkaian Kawasan Luas (WAN) Microsoft.

Gangguan dialami Azure, yang mempunyai 15 juta pengguna korporat dan lebih 500 juta pengguna aktif, menurut data Microsoft, boleh menjejaskan pelbagai perkhidmatan dan mewujudkan kesan domino memandangkan hampir semua syarikat terbesar di dunia menggunakan platform itu.

Perniagaan menjadi semakin bergantung kepada platform dalam talian selepas pandemik menyebabkan peralihan kepada lebih ramai kakitangan bekerja dari rumah.

Microsoft sebelum itu berkata, ia sudah menentukan isu sambungan rangkaian yang berlaku dengan perkakas di seluruh Microsoft WAN.

Ia menjejaskan sambungan antara pelanggan di internet kepada Azure, selain sambungan antara perkhidmatan dalam pusat data, katanya.

Microsoft kemudiannya menghantar ciapan bahawa ia sudah melaksanakan perubahan rangkaian yang dipercayai mencetuskan isu itu dan menggunakan 'infrastruktur tambahan bagi mempercepatkan proses pemulihan'.

Microsoft tidak mendedahkan jumlah pengguna yang terjejas oleh gangguan itu, namun data daripada laman penjejak gangguan Downdetector menunjukkan ribuan insiden merentasi seluruh benua.

Laman Downdetector menjejaki gangguan dengan mengumpulkan laporan status daripada pelbagai sumber, termasuk pengguna.

-Reuters





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo