NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Banjir: Bina reban, kandang terapung elak ternakan hanyut

Reban dan kandang terapung yang dibina di atas rakit itu memuatkan 30 ekor ayam, 30 ekor kambing dan 10 ekor itik serta angsa. - Gambar/ Bernama


SEGAMAT: Seorang pekerja kampung nekad membina reban dan kandang terapung demi menyelamatkan haiwan ternakannya selepas merasai pengalaman pahit kehilangan ternakan tersebut akibat dihanyutkan arus banjir dua tahun lepas.
Aankurniawan Herman, 36, menghabiskan hampir RM10,000 iaitu hasil wang yang dikumpul bersama tujuh adik-beradiknya, bagi membina reban dan kandang tersebut.
Katanya reban dan kandang terapung yang dibina di atas rakit itu memuatkan 30 ekor ayam, 30 ekor kambing dan 10 ekor itik serta angsa.
"Kami membina sendiri kandang dan reban ini tanpa mengupah orang lain. Ternyata hasil penat lelah menyiapkan reban terapung ini berbaloi apabila semua ternakan kami selamat dalam banjir kali ini.
"Ternakan ini bukan untuk dijual sebaliknya bagi kegunaan sendiri memandangkan ahli keluarga kami ramai dan rumah pula jauh daripada orang, jadi bila ternak sendiri lebih jimat," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Kampung Sermin, di sini hari ini.
Bapa anak seorang itu menggunakan tong besar terpakai untuk mengapungkan kandang dan reban tersebut.
Mengenai banjir yang melanda Isnin lepas, Aankurniawan berkata rumahnya mula dinaiki air pada kira-kira 6 pagi dan dalam tempoh hanya setengah jam, paras air sudah menenggelamkan hampir keseluruhan tingkat bawah rumahnya.
Ketika ini dia dan bapanya Herman Rahman, 66, bergilir-gilir menjaga reban dan kandang tersebut untuk memastikan haiwan ternakannya tidak dicuri orang.
"Ahli keluarga lain masih berada di pusat pemindahan sementara, cuma saya dan ayah sahaja yang bergilir duduk di pondok kecil terapung ini untuk menjaga ternakan dan barangan di rumah.
"Disebabkan ada pengalaman dilanda banjir sebelum ini, jadi semua barangan rumah kami sempat kemas dan simpan di loteng tinggi. Syukur semuanya selamat," katanya.
-- BERNAMA


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo