NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KERAJAAN TAKDE PERPADUAN DI SELANGOR... UMNO DITINGGALKAN

KERAJAAN TAKDE PERPADUAN DI SELANGOR... UMNO DITINGGALKAN

Hari ni Exco Kerajaan Tempatan Selangor telah umumkan senarai Ahli-ahli Majlis Kerajaan Tempatan di seluruh Selangor. Parti2 kerabat PH semua dapat seat. Sekutu perpaduan mereka yang baru, yang dahulu mereka panggil kaki sakau, seorang pun tak terlantik. Tertinggalkah atau Umno tidak diperlukan oleh PH di Selangor?

Umno hanya berkongsi kuasa dgn DAP di Pusat sahajakah atau Umno memang telah ditinggalkan oleh PH Selangor. Di Pusat, PH pujuk Umno supaya dapat bentuk kerajaan, tapi di Selangor PH masih kukuh, Umno dilarang menyamun di sini! Ertinya, dalam 'kerajaan perpaduan' yang tidak berpadu itu, Umno sebenarnya hanyalah terompah DAP! DAP hanya menjadikan Umno terompah untuk mereka berkuasa.

Di Selangor, wakil DAP yang mengetuai portfolio kerajaan tempatan tak pandang Umno pun. Kau sape?

Nasiblah kau Umno Selangor, kawan sangat dengan DAP. PAS dah tau lama dah...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo