NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

HDB Singapura sertai KPKT : Teladan dari Pulau Pinang

Merujuk kenyataan YB Menteri KPKT, YB Ngar Kor Ming dalam Agenda Awani, pakar dari HDB Singapura bakal menyertai KPKT dalam masa terdekat sebagai suatu berita baik. Sejauh mana kebaikan tersebut..?

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor menyambut baik sebarang usaha kerajaan, khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam usaha menjamin kesejahteraan masyarakat. Pun begitu, kita perlu melihat sejauh mana manfaat kepakaran yang disebut itu bersesuaian dengan pembangunan negara kita.

Banyak persoalan yang berbangkit dari kenyataan YB Menteri tersebut apatah lagi bila disebut kepakaran itu bakal 'menyertai' KPKT dan ia seakan bukan sekadar usaha perkongsian. 

Saya mengambil contoh kewajaran kerajaan negeri Johor yang hanya mengangkat konsep Housing Development Board (HDB) Singapore dan ia dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ). Ini sekali gus memberi peranan yang tinggi kepada PKPJ dalam memastikan pembangunan yang mapan terutama penyediaan rumah mampu milik yang memenuhi permintaan.

Usaha baik ini turut dinilai sendiri oleh YAB Menteri Besar Johor yang telah mengadakan lawatan ke negara jiran itu. 

Kita perlu lebih berhati-hati berkenaan hal perumahan dan kerajaan tempatan. Dengan kerjasana ini, data rakyat Malaysia dan maklumat negara akan didedakhkan kepada pihak ketiga atas alasan 'untuk lebih memahami geografi dan sosio ekonomi rakyat Malaysia'. Adakah ini harga yang perlu dibayar kepada pihak luar dengan 'menyertai' kementerian berkenaan.

Maka, dimanakah kewajaran membawa masuk 'pengaruh' negara lain sehingga 'menyertai' KPKT? Apakah tiada pasukan yang sepadu diperingkat KPKT atau mana-mana agensi berkaitan? Saya memberi kepercayaan kepada agensi kerajaan dan pakar-pakar dalam negara yang lebih memahami kesesuaian pembangunan dalam negara kita.

Cukuplah sekadar Singapura hilang dari genggaman orang Melayu. Namun tradisi itu kini dilihat berada di Pulau Pinang di mana orang Melayu makin terhakis tanah-tanah mereka dari bumi sendiri.

Terbaru Iszuree Ibrahim berkata sejak 2008 iaitu Kerajaan DAP Pulau Pinang setiap tahun akan menghadap PAP Kerajaan Singapura untuk mendapat nasihat membawa perancangan Divide & Rule, selepas PRU13 habis semua Kampung Melayu di Pulau Pinang ranap dan dibina kondominium. Orang Melayu terus hilang disebabkan kampung halaman sudah ranap dan orang Islam hanya mampu tengok Kondo yang tak mampu dibeli RM400,000 ke atas. 

Di mana ada kampung Melayu di situlah pemaju masuk. HDB telah lama menjadi penasihat pembangunan di Batu Kawan SPS. Menurutnya apa yang terjadi kini Menteri DAP KPKT secara terang dan terancang menjemput HDB SG masuk. Apa akan jadi dengan tanah rizab Melayu di Tanah Melayu?

Cadangan yang sebegini besar perlu dihalusi dan dibincangkan dengan selumatnya. Bukan dengan hanya mengumumkan di siaran televisyen. Dengan semangat Madani yang dilaungkan, jangan sampai negara tergadai.

Ustaz Ahmad Nawfal Dato' Mahfodz
Ketua Pemuda
Perikatan Nasional Negeri Johor
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
( Hide )
  1. Serious PAS ni kelakar. Tak setuju bawa masuk pakar Singapura sebab pembangunan perumahan tu rahsia keselamatan negara. Ye ke? Habis tu yang Google Maps dan Waze tu apa kebendanya? Habis segala ceruk dia tahu. Tak terancam keselamatan negara pulak ye?
    Kalau dah rasis, begitulah. Agaknya puak Walaon ni berapa lama tinggal di Singapura? Orang Melayu Singapura beli rumah di Malaysia bukan sebab tak mampu beli rumah di Singapura, tapi sebab rumah di Malaysia dibina memang untuk mereka.
    Betul! Pemaju buat rumah harga mustahil mampu milik. Sampai lebih setengah juta. Kalau convert ke duit Singapura tak sampai pun SGD200k. Murah, landed dan besar. Di negara mereka cuma ada rumah merpati. Orang JB faham sangat.
    Rumah yang orang Singapura beli tu bukan murah. Orang Melayu Singapura, yang kita sibuk kata kena tindas tu, mampu beli rumah yang orang Melayu kita, yang mengaku tuan di negara ini, tak mampu nak beli. Siapa yang oppressed sebenarnya ni?
    Kalau dah rasis tu, semua benda dia nak jadikan isu rasis. Jahanam betul. Padahal dorang datang cuma nak kongsikan pengalaman je. Ni jenis bodoh tapi sombong. Apa salah belajar dari mereka. Bukannya bagi terus dorang kawal pembangunan.
    Minda dah terlalu sempit. Terlalu prejudis terhadap semua orang lain. Selalunya orang prejudis sebab dia sendiri memang selalu berniat nak menganiaya orang lain. Guane boh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaun tak sedar diri mintak dijajah, begini lah sibodoh bangang tak tahu asal usul tahu tuduh rasis, tak tahu beza antara rasis dan patriotik.. Nak komen tak berpandu sejarah.. Singapura wilayah melayu hanya tinggal sejarah, p. Pinang usaha penghapusan etnik secara halus maseh tak nampak ke malaun penjilat dapigs, dasar keturunan barua, barua lah juga!

      Delete

© all rights reserved
made with by templateszoo