NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Episod baru drama Umno dan Dap

EPISOD BARU DRAMA UMNO DAN DAP 

Belum sampai seminggu PAU melabuhkan tirai, percakaran UMNO dan DAP nampaknya masih berterusan.

Sebelum ini DAP dan PKR menggelar Zahid Hamidi sebagai beban dan akan menjejaskan reputasi Perdana Menteri dan PH.

Semalam, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed pula kata pemimpin PH terutama DAP sanggup menelan ludah sendiri demi mengharapkan bantuan dan sokongan UMNO demi mendapatkan undi Melayu.

“Sehingga mereka sanggup akur menerima kuota menteri dan timbalan menteri yang sedikit. PH dalam diam mengakui sememangnya mereka sudah jauh daripada sokongan pengundi Melayu terutamanya dengan ada DAP dalam gabungan itu.

Survival mereka hanya bergantung kepada kerusi majoriti Cina dan kerusi campur untuk menang 80 kerusi pada PRU15 lalu,” kata Nur Jazlan.

Belum genap dua bulan bersama, kerajaan ‘perpaduan’ ini nampaknya semakin berpecah dari dalam. 

Jika yang di atas pun berkacaran, bagaimana agaknya drama penyokong di bawah?

#BersihdanStabil 
#PrihatiN 
#PNBEST

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo