NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gara-gara bergaduh dengan suami, wanita diturunkan daripada pesawat

KAHERAH – Sebuah pesawat penerbangan Flyadeal yang sedang menuju ke Jeddah, Arab Saudi terpaksa meninggalkan seorang penumpang wanita di lapangan terbang Kaherah, Mesir selepas dia menjerit kerana bergaduh dengan suaminya, lapor laman berita World Today News semalam.

Suami wanita itu berada di Arab Saudi ketika bercakap dengannya menerusi panggilan telefon dari dalam pesawat.

Menurut sumber di Lapangan Terbang Kaherah, ketika pesawat itu bergerak di landasan untuk berlepas, juruterbang terkejut dengan jeritan penumpang wanita berkenaan yang kemudian pengsan.

Selepas menenangkannya, penumpang tersebut mendedahkan bahawa berlaku pertengkaran menerusi telefon bimbit antara dia dengan suaminya akibat pertelingkahan keluarga.

Penumpang itu meminta perjalanannya ke Jeddah dibatalkan yang menyebabkan juruterbang pesawat tersebut kembali menurunkannya.

Bagaimanapun, pesawat itu meneruskan penerbangannya selepas lewat 45 minit dari waktu berlepas asal. – Agensi

 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo