NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pelajar sekolah di Thailand terima surat amaran selepas jadi model pengantin

BANGKOK – Seorang pelajar perempuan di Thailand menerima surat amaran daripada pihak sekolah kerana memakai alat solek dan gaun pengantin untuk mempromosikan studio perkahwinan milik keluarganya, lapor portal berita Thaiger.

Pemilik Nong Mee Wedding Studio di tengah wilayah Lopburi, bekongsi gambar adik perempuannya serta surat amaran sekolah yang diterima di laman Facebook.

“Saya ingin memohon maaf kepada Sekolah Chai Badarn Pitthayakom jika menjadi model untuk studio perkahwinan melanggar peraturan sekolah.

“Adik saya tidak berkahwin. Dia hanya seorang model. Kami sekeluarga dan tinggal serumah,” demikian menurut keterangan pada hantaran tersebut.

Surat amaran itu menyatakan bahawa pelajar sekolah darjah 6 bernama Parewa Pholdee melanggar peraturan sekolah dengan memakai solekan dan pakaian pengantin perempuan.

Ia menyebabkan salah faham kerana pihak sekolah menyangka Parewa sudah berkahwin.

Parewa kemudian menandatangani dokumen untuk mengakui kesalahannya. Pengarah sekolah dan guru pentadbiran juga menandatangani dokumen itu untuk mengesahkan bahawa gadis tersebut mengakui kesalahannya.

Siaran itu tular di media sosial Thailand dan menerima lebih 3,000 reaksi dan 900 komen.

Kebanyakan netizen Thailand bersetuju untuk menghukum gadis itu kerana berpakaian sebagai model adalah tidak masuk akal. – Agensi


Komen :  Di Malaysia, kalau jadi mcm ni, mesti ramai yang bertindak pertahankan pelajar berkenaan. 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo