NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

TNB dapat pembiayaan semula £72 juta pelaburan di UK

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Baharin Din


KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menerusi anak syarikat milk penuhnya, Vantage RE Ltd. (Vantage RE) melengkapkan pakej pembiayaan semula £72 juta (RM383.24 juta) dengan dua pemberi pinjaman utama di United Kingdom (UK).

TNB dalam satu kenyataan, berkata kemudahan pembiayaan dengan Mizuho Bank Ltd (Mizuho) dan National Westminster Bank Plc (Natwest) dengan tempoh 15 tahun itu adalah pembiayaan berkaitan dengan pelaburan tenaga angin luar pesisir TNB dalam Blyth Offshore Demonstrator Limited (BODL).


BODL ialah entiti yang pada masa ini memiliki ladang angin luar pesisir 41.5MW yang beroperasi di luar pantai timur laut England, dengan kerjasama EDF Renewables, cabang tenaga boleh diperbaharui (RE) syarikat utiliti milik Perancis, Électricité de France (EDF).


Vantage RE memiliki 49 peratus kepentingan dalam BODL, dengan pemerolehan selesai pada Oktober 2021.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Baharin Din, berkata pembiayaan semula itu membolehkan Vantage RE meraih manfaat daripada portfolio boleh diperbaharui menerusi pengoptimuman berikutnya dalam struktur modal sedia ada, sekali gus membuktikam keyakinan terhadap keupayaan anak syarikat TNB dalam pasaran RE UK.

"Hasil bersih akan diperoleh untuk membiayai pertumbuhan TNB di Eropah sambil kami terus memberi tumpuan untuk mencapai objektif pertumbuhan jangka panjang.

"Ini menandakan kejayaan pelaksanaan pembiayaan semula kedua Vantage RE pada 2022, dengan yang pertama ialah pembiayaan semula berjumlah £275 juta (RM1.5 bilion) bagi portfolio solar 365MW di Vantage Solar UK Ltd (VSUK) yang dimuktamadkan pada Februari 2022," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Portfolio aset Vantage RE terdiri daripada solar, darat dan aset angin luar pesisir berjumlah 530MW, dengan 102MW lagi yang akan diperoleh menerusi enaga solar yang dalam pembinaan dan dijangka memperoleh pentauliahan pada suku pertama tahun hadapan.


Sumber I BH Online



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo