NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

COVID-19: 360 kes jangkitan harian, 1 kematian dicatat


Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 11,807 kes Covid-19 masih aktif.
PETALING JAYA: Jangkitan harian Covid-19 terus mencatatkan penurunan setakat semalam, dengan 360 kes dilaporkan, berbanding 420 pada hari sebelumnya.

Menurut data di laman web KKMNOW, kes-kes baharu terdiri daripada 359 kes jangkitan tempatan dan 1 kes import.

Satu kematian dicatatkan.

Angka ini meningkatkan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 kepada 5,027,457 kes, dengan 44,712 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 11,807 kes masih aktif, termasuk 30 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 16 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 580 pesakit atau 4.9% menerima rawatan di hospital.

Seramai 423 pesakit dilaporkan sembuh.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo