NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Apabila Tok Nujum menjadi Menteri

Si Rafizi ni memang amat terkenal dengan ramalan Invoke dan formula serba palsu tu.

Waktu PRU 14 2018 dulu, dia ramalkan PAS akan dapat 0 kerusi, kalah semua.

Terbukti ramalan itu tersasar, PAS menang 18 kerusi Parlimen dan menawan Negeri Terengganu. 

Waktu PRU 15 2022 pula, dia kata PN-PAS akan kalah teruk, hilang arah tuju.

Terbukti sekali lagi, ramalan dia tersasar jauh.

Bahkan, PAS memperoleh kemenangan besar sehingga 43 kerusi Parlimen sekaligus menjadi parti terbesar di Parlimen. 

Demi, menutup aib malunya Rafizi pun seperti biasa meneruskan SOP tradisi cereka fitnahnya.

Dia kata PAS menang besar sebab retorik kaum dan majlis mewah. 

Oh, begitu sifir dia.

Apabila majoriti pengundi bukan Melayu sokong PH, dipuji sebab progresif.
Tetapi, pengundi Melayu-Islam yang sokong PN-PAS dikeji sebab rasis dan ekstrem.

Selama ini PH yang menghina PAS sebagai parti Tin Milo, minta sedekah.
Sekarang, dia fitnah PAS kempen mewah pula.

PH kempen mega sana sini itu tidak guna dana besar ke.?

Waktu kempen, dia sendiri yang isytihar akan menjadi penentang no 1 sekiranya Anwar mahu kerjasama dengan Zahid-UMNO.

Sekarang, dia sendiri dengan bangganya menjadi rakan sejemaah Menteri dan berTPM kan Zahid. 

Sungguh dia ini memang layak menjadi Tok Nujum penglipur lara yang hanya pandai menjual cereka fitnah dan ramuan formula palsu.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo