Menurutnya siasatan atau tindakan tidak boleh dibuat secara terpilih, sebaliknya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bertindak tuntas dan berani menyelesaikan kes ini secara menyeluruh dan terbuka.
“(Kita berharap) siapa bersalah, didakwa. Kes yang berada di mahkamah perlu diselesaikan, bukan cakap mahkamah terbuka tapi lepas itu tiba-tiba pendakwa raya tarik balik kes,” katanya.
Selain itu kerajaan yang ada diminta tidak mempunyai muslihat tertentu dalam kes penahanan seorang Ketua Bahagian Bersatu Wilayah Persekutuan atas dakwaan penyelewengan dana RM92.5 bilion yang diperuntukkan untuk pakej rangsangan ketika pandemik COVID-19.
Tidak sekadar itu Che’ Gu Bard berkata jika ada kesalahan maka lakukan pendakwaan, namun, ia diharap bukan bertujuan mengalihkan isu sepertimana usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipercayai sedang ‘membebaskan’ kluster mahkamah.
No comments
Post a Comment