NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Apa pandangan Majlis Ulamak Umno mengenai DAP?

PRESIDEN Umno dalam ucapan dasar PAU telah mengumumkan hala tuju pertama Umno ialah menubuhkan Majlis Ulamak Umno.

Alhamdulillah. Ini adalah satu berita gembira. Bolehlah Majlis Ulamak Umno ini berperanan untuk menasihati Umno berkenaan kerjasama mereka bersama DAP.

Ketika era kerjasama PAS dan DAP sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak kata PAS tidak pernah untung dalam pakatan pembangkang, malah PAS hanya menjadi alat kepada parti DAP.

“Sekiranya PAS mahu memperjuangkan Islam, DAP bukanlah rakan sebenar dalam perjuangan berkenaan.” – Najib Razak

Alhamdulillah, sebelum kewujudan Majlis Ulamak Umno lagi mereka sudah peka mengenai hubungan kerjasama bersama DAP.

PAS dengan nasihat Majlis Syura Ulamak juga telah memutuskan kerjasama dengan DAP. Menurut Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, keputusan itu dibuat apabila DAP mula bersikap melampau dan cuba mengubah dasar dalam Perlembagaan Persekutuan terutama dalam urusan agama Islam dan kepentingan orang Melayu.

Namun kini, Umno pula yang dilihat bersungguh-sungguh membela dan menyanjung DAP. Apakah pandangan Majlis Ulamak Umno? Atau adakah DAP sekarang sudah berubah menjadi pejuang orang Melayu-Islam?

Besar harapan agar Majlis Ulamak Umno yang dianggotai oleh Dato’ Haji Dusuki Ahmad dan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali ini mampu memberi pandangan tuntas berkenaan kerjasama Umno dan DAP yang ‘setia kawan’ ini.

Ramai ahli dan pengundi Umno yang telah dikhianati sedang menunggu.

YB USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT
Ketua Penerangan PAS Kedah 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo