NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RM109,000 wang Bantuan Awal Persekolahan disamun: Polis rakam keterangan 3 saksi

SUNGAI BULOH – Seramai tiga individu telah dipanggil bagi dirakam keterangan susulan kes samun wang bantuan awal persekolahan (BAP) berjumlah RM109,000 di Pekan Semenyih, Kajang Isnin lalu.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, tiga individu terbabit adalah dua guru sekolah serta seorang pekerja restoran.

“Dua guru sekolah yang dipanggil adalah termasuk mangsa samun iaitu guru besar sekolah terbabit.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kami akan memanggil pekerja bank terlibat bagi membantu siasatan,” jelasnya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Daerah Sungai Buloh hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya telah meneliti rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan kejadian, namun tidak dapat menemukan sebarang petunjuk positif setakat ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan polis tidak menolak kemungkinan orang ‘dalam’ terbabit dalam kes samun wang bernilai lebih RM100,000 sekitar Pekan yang dikeluarkan oleh seorang guru besar sebuah sekolah di Beranang.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan secara menyeluruh dari pelbagai sudut termasuk bagi mengenal pasti sekiranya ada unsur-unsur kecuaian atau pembabitan ‘orang dalam’.

Beliau berkata, pihaknya tidak menerima permohonan pengiring daripada guru besar yang berusia 50 tahun untuk tujuan pengeluaran wang bantuan awal persekolahan berkenaan. -KOSMO! ONLINE.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo